Thursday, April 3, 2008

Kasihnya Rafflesia

Pesanan Bagong:
Cerita ini adalah Episod ke 3 bagi keseluruhan Cerita "Misteri Cinta Rafflesia". Oleh yang demikian sebelum membaca episod ini anda perlu membaca episod-episod yang terdahulu terlebih dahulu. (Klik pada tajuk di atas pada 'Misteri Cinta Rafflesia')

“Kau perlu bantu dia Nani… itu tanggungjawab kau…” Nasihat Eisya siang tadi membuatkan Nani sukar untuk melelapkan mata. Dia keliru sama ada mahu membantu orang gila yang langsung tiada kaitan dengannya, orang gila yang pernah mencoleknya dan kini adakah itu menjadi tanggungjawabnya untuk membantu memulihkan kembali ingatan insan yang bernama Danial Afendi.

Memang kisah pencolekkan Nani semakin berlalu dan kini sudah hampir 3 bulan. Namun peristiwa itu masih segar dalam ingatan Nani. Sukar untuk dia melupakan detik hitam yang amat menyakitkan itu. Namun disebalik pengalaman ngeri itu, dia akhirnya bertemu dengan Danial Afendi, seorang lelaki yang sungguh mistik yang berjaya menyelesaikan penemuan mayat adik kembar Rafflesia nya, Noni…

“Shah… I dah buat keputusan, esok I akan ke Johor Bahru”. Nani terpaksa berterus terang dengan niatnya kepada kekasihnya Shah. “Habis tak kan u nak tinggalkan I.. Kerjaya u sebagai model. U punya masa depan yang cerah dalam bidang modeling Nani” Shah cuba memujuk.

“Tidak Shah... Ini keputusan muktamad I” Tegas Nani. “Ok Nani kalau u fikir si gila tu lebih penting dari I dan kerjaya U… u boleh pergi… dan jangan cari I lagi…” Shah cuba mengugut lantas memalingkan mukanya dari Nani.

“Shah!!!… sampai hati u cakap macam tu Shah… Murahnya cinta u terhadap I Shah… U tak faham Shah... Danial Afendi tu tanggungjawab I” Nani cuba menerangkan dengan nada sedikit menekan. “Oklah kalau itu keputusan U.. Up to U... Kita putus” Shah menutup terus perbincangan mereka. Mudah sungguh dia memutuskan perhubungan yang selama ini dijalin mesra. “Shah!!!” Nani seakan tidak percaya kata-kata Shah yang begitu zalim. Namun dia tetap teguh dengan pendiriannya untuk ke Johor Bahru bertemu Danial Afendi.

Sebenarnya, Shah memang tidak pernah senang dengan kehadiran Danial Afendi yang tiba-tiba mengganggu hubungan mereka. Bukanlah dia rasa tercabar kerana nyata Danial Afendi bukanlah pencabarnya. Hanya seorang lelaki yang gila. Cuma Shah rimas kerana Nani yang sering membangkitkan nama itu dalam perbualan mereka. Kadang-kadang dia sendiri tidak faham mengapa Nani terlalu memikirkan lelaki gila yang pernah mencoleknya itu. Entahlah Apalah istimewanya Danial Afendi itu pada Nani. Selamat Tinggal Nani….

‘Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru’

“Doktor... saya Nani… Boleh saya melawat Danial Afendi?..” Nani meminta kebenaran. “Boleh tapi apa hubungan awak dengan Danial?” Tanya Dr Izhan yang seakan pelik apabila dia melihat wajah Nani. Seperti ada sesuatu yang bermain difikirannya.

“Saya saudaranya Doktor. Tapi kenapa Doktor?” Nani bertanya kembali apabila melihat wajah Dr Izhan yang seakan pelik merenung tepat ke wajahnya. “Erm.. Tak ada apa-apa… mari kita kebiliknya… nanti awak lihat sendiri…” Jawab Dr Izhan yang terus menimbulkan tanda tanya kepada Nani. Nani menggangguk lemah lalu mereka berjalan menuju ke bilik khas yang menempatkan Danial Afendi.

“Danial.. tengok sini siapa yang datang.” Dr Izhan memanggil Danial yang sedang duduk sambil memeluk lutut. Danial langsung tidak mengendahkan apalagi menoleh dan terus memfokuskan pandangan pada gambar seakan wajah Nani yang tertampal kemas di dinding. Mungkin itulah yang menimbulkan tanda tanya terhadap Dr Izhan apabila mula-mula terpandang wajah Nani sebentar tadi.

Di bilik itu dipenuhi dengan gambar wanita yang menyerupai dirinya… berdiri.. duduk.. baring dan pelbagai gaya telah dilukis. Setiap gambar tetap ada disematkan rantai berloket bentuk hati seperti yang sentiasa dipakainya. Namun begitu tidak satu pun gambar itu yang tersenyum. Semuanya wajah sayu bagaikan seorang gadis yang ditinggalkan kekasih.

“Siapa yang buat lukisan tu semua Doktor?” Tanya Nani. “Danial melukisnya sendiri.”Jawab Dr Izhan ringkas. Nani mengangguk kecil seakan tidak percaya. Seorang pemuda gila yang mempunyai bakat yang tinggi.. imiginasi yang tinggi dan punyai nilai kasih sayang yang begitu mendalam.

Tiba-tiba Nani berasa begitu sayu. Air matanya mengalir membasahi pipi. Sedih melihat betapa dalamnya cinta Danial terhadap Rafflesia walau hanya seketika. Tidak seperti cinta Shah terhadapnya yang begitu rapuh. Itulah keutuhan cinta Danial yang membuatkan Nani sanggup ke Johor Bahru dan meninggalkan Shah serta kerjayanya sebagai seorang model. Entah lah salah siapa sebenarnya sehingga Danial Afendi boleh jadi gila sebegini. Seorang insan yang punyai cinta yang hebat sehingga menjadi gila dengan cinta mistik Rafflesia.

“Danial… Saya datang...” Lembut suara Nani memanggil Danial. Namun kelembutan itu bisa menyentak hati Danial lantas berpaling ke arah Nani “Rafflesia… Kau datang Rafflesia…” Danial bersuara lantas melemparkan pandangan yang sungguh tajam dengan senyum yang penuh puas. Dipandangnya wajah Nani yang begitu Ayu lantas membuatkan dia bangkit lalu menerpa dan memeluk kaki Nani seakan melepaskan rindu yang lama terpendam.

Nani hanya diam berdiri. Tak mampu untuk Nani bergerak. Sebak yang tak mampu dibendung lagi lantas memejamkan mata sekuatnya bagaikan terasa sesuatu menusuk ke dalam lubuk hatinya.

“Oh tuhan.. apalah ertinya semua ini. Kenapa aku harus terperangkap dalam keadaan yang sungguh ganjil ini.” Bisik hati Nani. Memanglah Nani terperangkap dengan keadaan itu namun jauh dilubuk hatinya dia lebih memikirkan nasib Danial Afendi yang lebih terperangkap dengan Misteri Si Rafflesia sehingga membuatkan dia gila. Mungkin jika insan lain… Danial Afendi akan terus dibiarkan. Tapi Nani tidak. Dia seorang yang bertanggungjawab. Punyai nilai kasih sensitiviti yang sungguh tinggi lalu boleh membaca hati seorang gila seperti Danial Afendi. Kini baginya Noni dan Nani perlu bersatu di bawah satu roh ‘Rafflesia’. Cinta Si Rafflesia perlu disemai.

Nani tunduk lalu memegang kedua-dua bahu Danial. “Danial… Rafflesia dah datang… Rafflesia tak kan tinggalkan Danial lagi… Rafflesia akan terus bersama Danial” Dr Izhan yang berada disitu seakan tercengang dengan kata-kata Nani. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan. Namun Danial tiba-tiba tersenyum seakan faham dan terlalu gembira dengan kata-kata itu.

Dikesatnya air mata yang terus mengalir di pipi Nani lalu melemparkan senyuman yang paling manis kepada Nani seakan bersyukur yang amat sangat. Nani tiba-tiba membalas senyuman Danial tanpa dipaksa. Suasan menjadi begitu romantis sekali.

Danial bangkit lantas merangkul Nani dengan erat dan Nani membiarkan saja itu semua berlaku. Dr Izhan terus tercengang tidak paham dengan apa yang terjadi. Bagaikan melihat suatu drama cinta yang sungguh mengasyikkan.

“Rafflesia… Jangan tinggalkan Danial lagi Rafflesia. Danial tak boleh hidup tanpa Rafflesia.” Danial Afendi terus merayu. Entah apalah istimewanya Rafflesia sehingga dia gagal mengawal perasaan dan pertimbangan diri. “Ya Danial… Rafflesia akan terus bersama Danial… Rafflesia sayangkan Danial…” Balas Nani lagi membuatkan Dr Izhan terus tercengang tidak paham dengan drama yang dimainkan antara Danial dan Nani. Dalam hatinya berbisik “Mungkin Nani juga seorang yang gila seperti Danial. Mungkinkah dulunya Nani dan Danial adalah sepasang kekasih yang hebat bercinta… dan kemudian terpisah oleh halangan keluarga…" Begitu banyak teori yang keluar dari benak Dr. Izhan.

“Dr Izhan… Mulai hari ini saya akan tinggal di sini.. Saya akan rawat Danial” Nani memberitahu Dr Izhan yang terus terpaku. Dia tidak paham siapakah Nani di hati Danial. Dia juga tidak paham siapa Danial di hati Nani sehingga wanita secantik ini sanggup untuk tinggal di sini demi merawat orang gila seperti Danial. Siapa pula Nani untuk merawat Danial.

Kenapa Dr Izhan..” Tanya Nani. Dr. Izhan tidak menjawab sebaliknya hanya menggelengkan kepala sambil terpaku memerhatikan Nani yang terus membiarkan Danial membelai rambutnya. Dia tidak pernah melihat Danial seceria ini. Selalunya Danial tampil dengan wajah masam dan muram sepanjang hari. Tapi hari ini keadaan begitu berbeza. Secara tiba-tiba Danial berubah menjadi ceria. Nyata Danial Afendi asalnya seorang yang kacak.

“Oh ya… sekejap…” Nani bersuara lantas mengeluarkan sepucuk surat dari tas tangannya dan menyerahkan kepada Dr Izhan. Dr Izhan terus membacanya lalu menggangguk-angguk kemudiannya tersenyum tanda faham. Barulah dia tahu bahawa Nani akan bertugas sebagai Doktor Psikologi sepertinya di Hospital ini.

“Tak Sangka Dr Nani berkelulusan Kedoktoran Psikologi juga” Dr Izhan mula bersuara. Kali ini Nani pula diam dan hanya membalas dengan senyuman. “Dr Nani… Siapa Rafflesia tu…” tanya Dr Izhan… Nani terus tersenyum lantas menjawab.. “Hantu…”. Dan meneruskan senyuman. Dr Izhan terus melopong tanda pelik… Tidak faham… Cuma dalam hatinya bertanya sendiri “Adakah dihadapannya ini juga adalah hantu… Atau seorang yang gila… Entah lah…”

Kehidupan ini sememangnya suatu yang mistik dan sukar untuk ditafsirkan. Namun semuanya bukanlah sesuatu yang mustahil kerana disebalik kehidupan ini ada suatu kuasa yang amat Berkuasa.. Tuhan yang maha Esa… Dan kuasa itulah akhirnya menyatukan Kasihnya Rafflesia yang tidak pernah terfikir oleh Danial Afendi dan Nani Rafflesia.

82 comments:

Anonymous said...

at last.. u come bck with ur story.. letih ler ngan politik ni... huhuhu

Anonymous said...

cptnyer u dpt idea?.. keep it up.. gud story..

Anonymous said...

leh jatuh cinta arr ngan u puye punye cara penulisan...

Anonymous said...

Sentuhan u terhadap cerite Rafflesia ini begitu berbeza dari yang lain2. Menarik dan hebat. All The Best..

Anonymous said...

disiplin yang baik, but sometimes too expose for the certain character and too fast for somebody character make a huge conclusion in his life, that seems such thing not as usual many people do..especially for the gorgeous woman.. tu cuma pandangan i je. mungkin u memang nak matikan watak dengan cepat tanpa wujudkan gangguan shah lagi. anyway, the mystery is very interesting and u have your own beauty in your mystery character that u create. hopefully u bukan betul2 graduate from hospital tampoi.. :). gurau aje..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sdr. Bagong, sya rasa citer bersiri gadis misteri Si Rafflesia tu perlu diteruskan. U boleh create pelbagai watak dan citer tuk kesinambungannya. Jgn diakhiri dulu. Rafflesia bnyak peminatnya. Sya mengikuti perkembangan citernya sejak awl gik. Citer Rafflesia memang unik dan misteri. Jrg org dpt tulis citer cam 2. Yg peliknya, u asl Semenanjung...camaner plak boleh tulis citer psl gadis yg duk jauh kat Pedalaman Sabah?? Ni, pasti ade rahsia sebaliknya tak?? huhuhu..let's guess.

Anonymous said...

huhuhuuu....i jatuh cinta ngan citer Rafflesia ngan penulisnya sekali. Tpi i jeleslaa...betulkah 'hantu' jelmaan u Noni Rafflesia tu benar2 cantik?? tak percaya arr, 'hantu' gadis dri Tambunan Sabah tu lebih cantik dari Puntianak Sundal Malam si Maya Karin 2.

Anonymous said...

Bagong...sekali lagi syabas dan terima kasih kerana menulis semula citer psl Rafflesia tu. Tau tak, anak pompuan sya yg sya bagi nama Noni Rafflesia sempena watak citer misteri bagong tu..kang ni dah smakin membesar daa..comel dan sentiasa senyum kat mama dn abah dia. Kita sekeluarga amat menyayangi NONI RAFFLESIA buah hati kami.

Anonymous said...

Suspen dn terharu gak bila baca Kasihnya Rafflesia kat blog u 2. Ternyata siri Rafflesia punyai peminatnya tersendiri. Keep it up, my frenz. Warnailah dunia penuh misteri gadis RAFFLESIA dari acuan ilusi kamu yg esotik itu. Smoga Rafflesia akan terus berkembang mekar dlm ingatan para pemujanya. Wallahualam...!

Anonymous said...

Bagong, u ni pndi wat suspenlaa...u tau camaner nak tackle perhatian ktaorang arr. u wat org gilakan rafflesia si gadis misteri dari Tambunan, Sabah tu. Apa hal ngan gadis2 misteri yg bnyak bertabur kat malaysia ni?? Haiiilaaa..namanya gak bunga rafflesia. nasib baik tak bunga cira lestari. kwang..kwang..kwaannggg

Anonymous said...

Rafflesia...
Rafflesiiaaa...
Rafflesiiiaaaaa...

Mcm nama bks 'gf' sya saja tu. Hehehee...tidak bah. Di Sabah memang famous nama Rafflesia tu. Klu tidak silap, Rafflesia Noni Herlina tu mimang ada. Dia student institusi swasta di KK. Mimang cantik dan cun melecun. Mcm yg Bagong bayangkan dlm citer dia tu. Tapi Rafflesia tu payah mau dekat. 'Jual Mahal' betul bah. Klu tidak percaya, kamu trylah kontek dia.

Anonymous said...

Benarkah Noni Rafflesia tu betul2 wujud?? kamek mau naik belon dtg Sabah mau jumpa sama Rafflesia. Sik ada, kamek tabuk kamu skarang..!

Anonymous said...

Sebelum kenal Rafflesia, nak kenalan dulu ngan Bagong Perkasa. Boleh ke?

Anonymous said...

Emmmm...baguslah citer rafflesia tu. sya cadangkan penulis wat novel tang dia. Lagi bestkan...bnyk yg leh baca.

Anonymous said...

Sdr. bagong Perkasa.

Tahniah atas karya anda. Anda tlah berjaya menarik minat pembaca blog anda untuk mengikuti karya misteri anda. Rafflesia, suatu nama unik dan eksotik peribadinya. Bunga atau wanita, ada misteri di sebalik kewujudannya. Teruskan berkarya.

Anonymous said...

Kepada insan yang bernama 'NONI RAFFLESIA'di mana saja berada...

I LUUUUUUUV U, RAFFLESIAAAA!
xkisah kau 'HANTU' atau manusia biasa, aku tetap suka kamu, mcm DANIAL AFENDI juga...

Anonymous said...

Apo kono kamu semuo hei jang?? kono kenen si rafflesia tu hey kamu dah limoh hati. Den heran bonar..jalan lurui ka utara selatan,kamu babelok jalan ka Tambunan nuun jauh di mato??
Aduhaaaiiilaah rafflesiaaaa...!!

Anonymous said...

Gud story..but, cud u pliz kembangkan wtk Shah dan Dr. Izhan? kitaorg rasa, citer yg thrilling cam nikan, perlu diteruskan.

Anonymous said...

Bagong, apa kata klu u kasi jelmaan semula roh Noni Rafflesia ke dlm mimpi Danial Afendi? atau bagi Danial sedar suatu masa bahawa Nani bukan Noni..

Anonymous said...

i suke watak danial afendi. cam ade 'bebayang' penulisnya kat ci2. heheee...

Anonymous said...

mane i prnh dgr nama 'rafflesia' tu yer?? i ada frenster pompuan yg guna nama tulaa. tapi xingat mane satu orgnyer. aiii brother, u kasi memorize baliklah kitaorg punyer ingatan. i coba find outlah my frenster nama rafflesia 2..chewa!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bagong Perkasa,

Siapapun kamu, bukan soalnya. Tapi citer kamu tang Rafflesia tu, memang trill sgt2. I luv d aura of d story. especially, d name of Rafflesia.

Anonymous said...

Bagong,,,awk leh jadi jutawan klu awk terbitkan novel misteri si rafflesia ni. wat rmi org giler arr...!!

Anonymous said...

rafflesia...rafflesiiaa..rafflesiaaaa saja! bila mau habis citer ni??! geramlaaa...!!xdak ke nama lain pompuan kamu nak citer?? ueeeekkkk...!!!

Bagong Perkasa said...

Terima kasih kepada anda yang menyokong. Saya sendiri tidak tahu adakah Noni atau Nani Rafflesia itu benar-benar wujud. Bila ada orang menyatakannya ia menjadi lebih misteri kepada saya. Insya Allah dengan sokongan anda semua cerita ini akan disambung semula... Tunggu kehadirannya bulan hadapan.

Anonymous said...

iisshh..isshhh. hebatlah citer kamu psl rafflesia ni brothr. wat gempak satu m'sia jer. citer betul atau cuma ilusi penulis, kita xkisah. yg penting,uuummmppphh!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sorry, bro...i dah baca episod citer misteri tang rafflesia kat ur blog tu. But, i think...xdak aper hebatnya. biasa jak. i do not undrstnd...why evrybody keep on talking n gossiping bout her unknown personality in ur blog??

Anonymous said...

Sdr. bagong perkasa,

jgn peduli ape org kata! lu punyer story psl misteri si rafflesia 2 bnyak 'HOT' punyer. Cukup PANAS mcm goreng pisang yg berebut org nak beli. So,teruskan dn tingkatkan lagi mutu tulisan lu. gue mau tngok satu masa, lu jdi penulis kisah misteri No.1 Malaysia. gua caya lu..!

Anonymous said...

Sorry, nak tanya...ape istimewanyer 'rafflesia' 2 dlm hati penulis??

Anonymous said...

entahle aku pon rasa mcm biasa je citer ni...bukan le aku dengki..tapi haha..tp tu le hakikatnya..masih tak mampu menarik perhatian aku lagi..huhu

bagong dan peminatnya..ish poning..

Anonymous said...

hiii...

tuk makluman u all, rafflesia bkn hanya ada di Sabah jer tau. Kat S'wak nipun ade. kamekpun ade adik nama Rafflesia Oley. tapi kecik gik..bru umur 1 tahun. hehee...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kawan2 smua,

Noni Rafflesia dn Nani Rafflesia 2, cuma khayalan penulis jer. xdak kena mengena ngan yg hidup atau yg mati bah. Misteri Rafflesia cuma citer. kalau adepun, org yg sama nama dn watak kat luar sana..apa nak wat. i2 kebetulan jer. Jgnlah poningkan pala kita...

Anonymous said...

Aduh, aduuhh, aduuuhhhh...!!

Bisonya citer psl misteri si rafflesia tu yer?? smpai nak penuh blog ni ngan komen dn kritikan yg xtau dri mane2 jer. Aku xnak komen ape. cuma nak bagi tahniah kat penulis sdr bagong perkasa yg berjaya watkan citer tu jadi 'RIBUT' seribut2nyer. Sape rafflesia, xkisahlah. Kenyataannya...Noni dan Nani RAFFLESIA telah MENCURI hati awk smua. yerkan?? ngaku jerlaaa...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Alamak oiiii..!!

amacam kerabat Brunei leh tau psl Noni rafflesia khayalan si bagong tu?? pelik gak ek?? i2 yg watkan misteri si rafflesia 2 bertambah2 misteri gik. Iissh, iisshhh...seram aku klu cam ni!!xnak campurlaa..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pliiz STOP IT...!!

Jgn TERTIPU ngan aura dan gossip psl RAFFLESIA yg kita xtau tang kewujudannya itu.

wat keja u all. Jgn jadi bodoh! Rafflesia xberi makna pada sesiapapun..!! semua tu AUTA dan ANGKARUT jer.

Anonymous said...

femes jugak si bagong ni rupenye eh...satu mesia baca blog dia...hehe

Anonymous said...

eleh,dah rezeki si bagong ngan cewek hantunya rafflesia..kita tumpang bangga jerlaa. Apapun, sekalung TAHNIAH wat bagong. Hidup RAFFLESIA...!!

Anonymous said...

SUSAH2...eloklah bagong jadikan novel citer misteri si rafflesia 2. Lagi BOOOMM!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Mak oiii....

banyaknyer peminat citer misteri si rafflesia kat blog si bagong perkasa ni. Tak sangka ye...boleh meletup smpi cam ni. emmm, bertuahnya sape dpt bertemu dan memiliki Noni Rafflesia yg sebenar wujud kat Sabah tu. Tapi, tentu dia dah ader special bf yer. atau dah kawin kot?? org cantik...tak heranlaa.

Anonymous said...

i fikir, Bagong tu bnyak berimajinasilah. Mane ade pompuan secantik dan sesempurna Noni Rafflesia yg dibayangkan bagong dlm karya misterinya tu. Yg korang sebut psl Noni Herlina Rafflesia yg keja tour guide kat KK sabah tu, sape plak??

Anonymous said...

Mr. Bagong Perkasa,

i've no idea, whre u got this story?? i think...u better be careful. Cuz NONI RAFFLESIA is a 'SWEET N HONEY' for someone speacial(VVIP) out there.

Anonymous said...

Sdr/sdri

jgn lupa, noni rafflesia cuma sebuah karya si penulis. wujudnyer cuma dlm citer 2 jer. jgnlah ade sesiapa yg tersentuh hati. Kesian bagong...

Anonymous said...

Hai, Noni Rafflesia...

Jika kamu benar wujud, tampillah beri penjelasan dlm blog bagong ni. kamu bantulah bagong citer duk perkara sebenar.

Anonymous said...

Bagong,
Bru smlm i open ur blog n bca satu prsatu citer yg ade dlm tu. U mmg penulis yg ade potensi dan punyer talent dlm hal tu. Not only d rafflesia's story jer, but some of ur story kat situ..ada nilai dan pengajaran yg baik. Leh buka mata dan minda. I mean, wat yg mengerti...!

Anonymous said...

Kitaorang suke klu bagong tulis psl politik. pendapat dan komen2nya memang bernas. Ada kaliber. Tapi, kitaorang lebih suke bagong yg romantik. Bagong lebih hebat kalu psl bab2 cinta. Tengoklah apa dia buat ngan Danial afendi yg gilakan rafflesia. Korang setuju tak??

Anonymous said...

NONI RAFFLESIA gadis misteri
Pujaan hati DANIAL AFENDI
BAGONG PERKASA punya ilusi
Bikin PEMBACA tertarik hati.

Wajah CANTIK, ANGGUN dan ASLI
Dagu runcing GENIT SEXY
Dada berhias kalong bentuk HATI
Makhluk jelmaan dunia GALAXY

Duhai RAFFLESIA penuh PESONA
Wujudmu tak pasti CUMA KHAYALAN
Andai benar...kamu di mana???
Sudi kiranya kita BERKENALAN.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sape dia NONI RAFFLESIA or NONI HERLINA RAFFLESIA, itu tak penting. Ia cuma kebetulan je. Saya respek hbis kat Bagong kerana menghasilkan satu karya misteri yg tol2 MISTERI.

Anonymous said...

i suke episod 'BAYANGAN RAFFLESIA'. 2 watak punye trill tersendiri. Bagong tahu how to created the story actually.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sdr. Bagong,

Bole tak u bagitau kite sape u sebenarnya?? kalu bole, bagi tengok ur gambarlaa. Kitaorng nak kenalan gak..heheee

Bagong Perkasa said...

Kepada CT Umbrealla dan sesapa saja. Siapa diri ini tidak lah penting. Yang penting nukilan ini bererti untuk anda. Secara personal mungkin saya merasakan cite Rafflesia adalah satu cite yang mudah tidak seperti cerita yang lain. Entah kenapa pula cerita ini yang diminati. Mungkin anda dikalangan orang muda2. Jiwa kita berbeza kerana Bagong dah tua :)

Anonymous said...

Timakasih bnyak2 bagong. Kita xkisah bagong siape. Tua atu muda. yg pnting hasil karya bagong hebat. especially cite misteri gadis bernama Rafflesia. yg suspen gik, rupanye Noni Herlina Rafflesia tu, benar2 wujud kat Sabah. Kitapon teruja nak tengok dia. Bnyk puji Rafflesia tu cantik, lemahlembut dan sexy. tu yg menarik tu. huhuhu...jelesnye pompuan cam kita nih kat dianye.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

aku poning sgtlaa bca cite korang kat blog ni. isshhh...famous gak gadis misteri si bagong perkasa ni ye. Cam kisah 1001 malam plak.

Anonymous said...

bagong, bagong...

pompuan spisies ape Noni rafflesia tu??? famous dia kat blog u ni, ngalahkan artis gik...hoooorah.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bertuahnya ustaz 'MTM' tu ye dpt memiliki CINTA Noni Rafflesia. Camaner agaknye diorang tu bercinta ye?? tentu ustaz tu feeling hbis kot?? heheee

Anonymous said...

bagong,

naper ade komen pmbaca yg u delete kat blog ni?? ade kena mengena ngan u ke?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

woww...!! betul ke cite awk ni?? emmm...dah smkn thrill gik cite psl noni rafflesia tu ye. Panas...panasss...pannaaasss! minta kipas, cepat..!!

Bagong Perkasa said...

Minta maaf saya terpaksa delete beberapa komen kerana ada diantara komen anda menyatakan secara detail tentang Noni Herlina Rafflesia. Terlalu banyak rahsia dan personal dia telah dihebahkan di sini. Saya hanya delete beberapa komen yang saya rasa boleh mengganggu keperibadian dan menjatuhkan maruah beliau. Harap maaf.

Anonymous said...

menarik...

Anonymous said...

Assalamualaikum, Bagong...
member agak teruja bila baca episod cite misteri u psl Noni/Nani Rafflesia kat blog u ni. Tahniah. kamu penulis yg ada talent yg boleh dimajukan.

Cuma member keliru...apa kaitan antara Noni Rafflesia ngan Noni Herlina Rafflesia??

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
iris said...

makin lama makin HOT raflesia ni kn? bagong cpt la endingkn story ni.. nk tau la per cer ngan Danial afendi yg ensem tu.. hehe..

Anonymous said...

Bagong,

i think kn...u are tht person by the name of Danial afendi tu. cuz, perasaan u kat Noni Rafflesia begitu mendlm nd too personal. u bnyk bermain ilusi dlm cite yg u create ngn begitu cantik tu. org yg tgh asyik brcinta je leh wat cite 'love story' yg misteri cam tu.

Anonymous said...

emmm...
mcm2lah korang wat teori tang Bagong perkasa ngan heroein cite misteri si rafflesianya tu. Kalaupon betul cam tu, xkisahlah. Itu hak dia bah.

Anonymous said...

Aku xnak ckp bnyk arr...yg aku nak, Bagong cepat2lah wat novel cite misteri si rafflesia tu. yg tbh misteri gik tu, rafflesia ada 2 watak yg wujud kang ni. Noni rafflesia khayalan Bagong Perkasa dan Noni Herlina Rafflesia yg benar2 wujud kat Sabah. Aku nak, Bagong wat kajian tang rafflesia yg benar2 wujud dan compare ngan rafflesia khayalannya. Mane satu yg plg hebat antara keduanya. hehehee...

Bagong Perkasa said...

Sorry to say, sebagai penulis aku tidak pernah membayangkan wajah sesiapa. Aku just letakkan diri aku pada sesuatu keadaan dan terus melayangkan fikiran dan membiarkan ia terbang sambil jari jemari ini terus menaip keyboard. Aku pun tak tahu ada insan bernama Noni Herlina Rafflesia diluar sana. Kalau ada pun itu kebetulan.

Aku suka buat cerita diluar kehidupan aku. Sebab tu aku pilih Sabah kerana aku langsung tidak pernah ke sana. Itu lah kepuasan basgi seorang penulis. Menghidupkan sesuatu yang tidak pernah dilalui. Korang bacalah cerita-cerita aku yang lain dan korang akan tau aku ni penulis yang macam mana. Aku cuba menyampaikan suatu mesej dalam setiap cerita aku bagi mereka yang berfikir.

NoorSabah Lina said...

Salam dari Bumi Bawah Bayu

Apa khabar Sdr. Bagong Perkasa??

Hampir 11 tahun kisah Noni Rafflesia ni wujud dalam blog Bagong ni.
Apa cerita kesinambungannya?? Bagong ada tulis novel kah?

Kalau ada, kita nak kongsi beli dan baca bah. Heheee