Sunday, September 2, 2007

Misteri Si Rafflesia

Pesanan Bagong:
Cerita ini adalah Episod ke 1 bagi keseluruhan Cerita "Misteri Cinta Rafflesia". Anda boleh mengikuti kisah seterusnya dengam memilih pada list cerita 'Misteri Cinta Rafflesia')


Sungguh indah bumi Sabah ini... Patutlah negeri ini digelar Negeri Di bawah Bayu... Baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi indah Sabah nan Permai ini... Niat di hati ingin sekali melihat keindahannya yang sering diperkatakan... Cemburu rasanya mendengar cerita rakan yang sering ke sini... Mereka kata, Sabah sungguh Indah.. Paling indah pemandangan Gunung Kinabalu apabila diliputi awam. Puncaknya bagaikan ditelan oleh kepulan asap tebal...

Aku memang cintakan keindahan... Keindahan itu suatu kurniaan.. Kurniaan tuhan kepada mereka yang tahu menilai, berfikir tentang diri sebagai hamba... lalu menginsafi diri dengan kebesaran yang Maka Kuasa. Di sini juga untuk aku melupakan kisah perpisahan antara aku dan Lin. Kisah cinta yang indah yang diakhiri dengan perpisahan akibat perasaan cemburu dan salah sangka. Semoga dengan keindahan bumi Sabah ini akan dapat menenangkan jiwaku yang berkecamuk untuk aku terus berdiri menghadapi kehidupan yang masih panjang.

Seharian aku berlegar-legar di Bandar Kota Kinabalu... tidaklah janggal bagi aku berada di kota ini kerana aku memang orang kota. Memang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beza yang ketara hanya bahasa pertuturan. Kini tiba masa untuk aku mengembara di bumi Sabah. Tiada rancangan khas yang aku lakukan. Aku hanya ada sekeping peta dan beberapa maklumat tentang daerah-daerah di Sabah. Itulah yang paling menarik. Tiada kongkongan dan aku bebas untuk mengembara.

Selesai solat Maghrib aku terus mendapatkan kereta sewa yang telah ditempah siang tadi. Arah tujuan adalah ke Tambunan, satu daerah yang dikelilingi oleh banjaran yang berasal dari nama gabungan dua puak Tamadon dan Gombunan. Dua puak yang bergabung untuk menentang puak Tonsundung yang jahat dan angguh.

Gelap sungguh perjalanan aku malam ini, tiada lampu jalan yang menemani tidak seperti di Kuala Lumpur. Sesekali terasa silau dengan lampu kenderaan yang berselisih. Sampai kilometer 58 aku berhenti seketika di "Rafflesia Information Center". Ingin sekali aku melihat bunga yang terbesar di dunia yang telah diiktiraf oleh 'Genuise Book Of Record'. Tapi keadaan sunyi saja.

"Kenapa encik?.. ada apa-apa yang boleh saya bantu" Tiba-tiba aku disapa oleh seorang gadis dari arah belakang, lantas terus menoleh. Aku terpaku melihat wajah itu. Wajah yang sungguh cantik, asli... bulat sedikit tetapi dagunya agak tajam... bagai ada sinar cahaya yang terpancar dari wajahnya. Sungguh ayu gadis ini. Rasanya belum pernah aku melihat wajah secantik ini di semenjak aku keluar dari perut ibuku...

"Kenapa Encik...?" Aku bagai terperanjat apabila gadis itu kembali bersuara. Baru aku sedar mulut ku yang terlopong. "Saya nak pegi sini tapi kenapa sunyi saja? " aku bertanya. "Dah tutup dah Encik... Esok sajalah encik datang" Aku hanya mengangguk kecil dengan jawapan itu... "Takpelah terima kasih.." Jawabku ringkas lantas cepat-cepat masuk kembali ke dalam kereta meninggalkan gadis itu keseorangan.

Entahlah kenapa tiba-tiba aku sungguh berdebar berdepan dengan gadis itu. Mungkin sinar matanya membuatkan aku terasa tewas walaupun dalam hati ini meronta untuk mengenalinya. "Takpelah.." bisik hati ini yang bagai kecewa dengan sifat pemalu yang selalu menghantui diri.

Aku tiba-tiba terpaksa membatalkan niat untuk bergerak apabila melihat gadis itu melangkah menuju ke arah pintu tempat duduk penumpang kereta Wira yang aku sewa. "Kenapa cik adik?" Aku membuka cermin tingkat lantas bertanya. "Awak nak kemana?" Dia tidak menjawab tapi membalas soalan kepadaku. "Tambunan.." Jawabku ringkas. "Boleh saya tumpang..?"dia bertanya... Aku terdiam buat seketika.. kemudian mengangguk bagaikan tidak sengaja... Entahlah aku bagai terpaku...

"Kenapa encik diam saja?.. Saya minta maaf sebab ganggu perjalanan encik. Saya tertinggal bas tadi." Gadis itu bersuara apabila menyedari suasana perjalanan begitu bungkam. "Tak adalah.. Ok juga.. saya pun tak ada teman. Boleh juga awak tunjukkan jalan di sini". Aku membalas...

"Nama saya Rafflesia... Nama encik siapa ?" Aku terdiam bila mendengar nama itu. "Oh patutlah" bisik hatiku.. mukanya yang bulat, dagunya yang tajam umpama kelopak Rafflesia, warna kulit yang putih tapi kemerahan sedikit.. Memang nama itu sungguh sesuai dengan wajah anggun ini.

"Sapa nama encik ?" aku terkejut apabila dia bertanya kembali... "Tak payah panggil encik. Panggil Danial saja." Jawabku. "Oh sedap nama tu tentu awak bukan orang sini..." Dia memuji namaku.. Entah lah tiba-tiba dengan pujian itu aku berasa bagaikan lebih yakin dan lebih berani.. dan dari saat itu kami terus berbual panjang.

Seronok aku mendengar cerita bagaimana ibunya memberi nama Rafflesia kepadanya. Paling seronok tentang cerita tentang pahlawan Gombunan yang membuka daerah Tambunan. Nyata sekali gadis ayu ini begitu unik. Pakaian yang agak seksi langsung tidak mencerminkan budi bahasanya yang sopan dan penuh kelembutan, tidak lupa pada nilai ketimuran, tidak lupa pada sejarah malah pandai mengambil hati. Begitu pandai dia mencuri hati ini... Memang tanpa diduga, seketika saja hati ini sudah terpaut...

"Dah sampai Tambunan ini... Rumah Rafflesia kat mana? " Aku bertanya apabila terpandang Papan tanda bertulis 'Bandar Tambunan'. "Depan tu ada simpang.. tempat saya belok kiri... kilometer 15.95... " Rafflesia menerangkan. "Wah lengkap sungguh kilometernya" aku mengusik. "Mestilah... Sebab saya nak jemput awak datang." Jawab Rafflesia lalu kami ketawa kecil.

"Danial awak boleh tolong saya?" Raffles kembali bersuara. "Kalau Rafflesia minta tolong... walaupun saya di semenanjung sekalipun... pasti saya akan datang menolong.. Saya kan Superman.." Aku menjawab secara lawak... Kami ketawa lagi... Memang ceria perjalanan aku kini.. berbeza dari 20 minit yang lepas.

"Boleh hantarkan saya pulang di kilometer 15.95 ?".. Pinta Rafflesia lagi seakan-akan terlalu mengharap. "Baik lah..." aku bersuara sambil memandang wajah Rafflesia yang tersenyum penuh mengharap... sesekali terlihat kilauan rantai emas halus dihiasi loket berbentuk hati yang menghuni dada Rafflesia. Kecil tapi menarik, sesuai dengan tubuh genit Rafflesia.

Aku singgah sebentar di Bandar Tambunan untuk mendapatkan hotel. Setelah selesai mendaftar aku dan Rafflesia terus menuju ke arah Ranau untuk menghantar Rafflesia pulang. Perjalanan yang agak mencabar kerana kegelapan malam dan melalui jalanraya di tebing bukit. Maklumlah aku memang ada rabun ayam.

Kami terus berbual bertukar-tukar pengalaman. Aku tertarik dengan cerita Rafflesia yang amat sukakan tarian tradisional sambil melenggokkan jarinya yang lentik. Nyaris tertusuk ke lubang hidung aku. Rupanya dia memang seorang penari tradisional separuh masa di Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan negeri Sabah. Sungguh berbeza dengan kehidupan aku yang selalu berdepan dengan mesin. Rancak kami berbual sehingga tak terasa perjalanan yang dilalui.

Tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan tayar belakang kereta, lalu terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan. Aku turun dan dalam kegelapan aku periksa tayar belakang sebelah kiri. Benar tekaan aku. Tayar keretaku pancit. Mujurlah Aku membawa lampu suluh.

"Rafflesia.. Awak tolong pegangkan lampu suluh.. saya nak tukar tayar... tayar keta pancit lah.."Aku meminta tolong dari Rafflesia dengan nada yang agak hampa. Rafflesia mengangguk saja.

"Berat juga tayar ganti ni yer" bisik hatiku sambil mengangkat tayar. Rafflesia kelihatan agak kelihatan agak gelisah. Mungkin dia tak selesa dengan keadaan nyamuk yang banyak, maklumlah dia hanya berskirt pendek dan lokasi itu sungguh gelap, terasa bagaikan di dalam hutan. Ditambah bunyi cengkerik yang bingit. Di sebelah belakang dari kereta kami pula ada sungai yang melintang dengan bunyi deruan air yang ganas.

Aku pun sebenarnya penakut juga. Tapi bersama Rafflesia, aku buat-buat berani. Sempat jua aku menjeling wajah Rafflesia yang mencangkung menemani aku menukar tayar kereta. Tapi dia nampak begitu sayu bagaikan wajah yang baru ditinggalkan kekasih. Berbeza sungguh dengan wajah ceria tadi.

"Kenapa Rafflesia?..." Aku bertanya sambil memusingkan skru terakhir tayar kereta. "Rafflesia minta maaf sebab susah kan Danial...." Rafflesia menjawab lemah.. "Tak ada apa. Ini semua dah takdir.... atau sebenarnya Rafflesia takut Danial apa-apa kan Rafflesia.. maklum lah gelap ni.. Tapi, Rafflesia jangan risau.. Danial bukan jenis yang macam tu..." Aku cuba bergurau sambil memasukkan tayar yang pancit dan peralatan ke dalam bonet kereta. Rafflesia hanya diam sahaja.

Aku terus saja menutup bonet kereta apabila selesai mengemas peralatan menukar tayar. Di saat itu aku sungguh terperanjat. Darahku tiba-tiba berderau apabila melihat Rafflesia tiada dalam pandangan aku. Hanya lampu suluh yang ditinggalkan di atas kereta. "Ah!! mungkin dia ada dalam kereta.."Bisik hatiku menenangkan diri yang memang penakut.

Aku terus melangkah menuju ke pintu pemandu lantas memandang ke dalam. Ternyata Rafflesia tiada.. lantas aku mengalihkan pandangan ke hadapan. Di saat itu aku terasa begitu lemah apabila melihat batu penanda jalan yang berada lebih kurang 50 meter dari kereta aku tertulis 'KM 16'. Maksudnya di sinilah kilometer 15.95 dan di sinilah tempat yang Rafflesia mahu aku menghantarkannya.

Aku terus cuba menoleh sekeliling dan cuba untuk menolak teori yang sungguh mengerikan. Namun ternyata Rafflesia tiada. Yang ada hanya hutan rimba yang gelap gelita. Dalam keadaan yang aku sendiri tidak terkata aku terus memasuki kereta lalu berpatah balik ke Tambunan.

Perjalanan yang tadinya aku rasa begitu singkat kini terasa begitu lama, begitu jauh sekali. Tak henti-henti aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang aku hafal walaupun sesekali tersasul akibat terlalu takut. Aku bingung dengan apa yang terjadi. Wajah Rafflesia yang pada mulanya ceria dan gembira, tiba-tiba sayu dan terus hilang meninggalkan aku. Siapakah Rafflesia? Adakah dia hantu??.. Kalau Hantu kenapa dia tidak mengganggu aku... sekadar cuba mencuri hati ini... kemudian ngaib tiba-tiba. Ah!! begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran. Dan akhirnya aku sampai kembali di Bandar Tambunan. Aku tidak terus pulang ke hotel sebaliknya terus ke Balai Polis Tambunan untuk melaporkan tentang kejadian yang aku lalui.

"Encik... Saya nak buat laporan tentang kehilangan gadis.." Aku terus memberitahu kepada seorang pegawai polis bertugas. "Encik duduk dulu dan beri saya IC..." Aku menurut saja..."Boleh encik ceritakan apa yang berlaku" Pinta pegawai polis itu lagi... Langsung aku menceritakan apa yang aku lalui. Entah lah aku sendiri tidak pasti sama ada polis akan menerima laporan aku yang agak misteri ini.

Aku bernasib baik kerana tidak ditertawakan oleh pegawai polis itu dan rakan-rakannya malah mereka nampak tertarik mendengarnya. "Boleh tak encik beri gambaran gadis itu.." Pinta pegawai itu lagi, yang menyebabkan beberapa pegawai polis yang lain terus datang mendekati meja dimana aku berada. Aku terus membayangkan wajah Rafflesia. Wajah ayu yang masih terbayang diminda ini.

"Itu Noni.." Tiba-tiba seorang pegawai polis yang memakai tanda nama Nazrul bersuara. "Bukan.. Nama dia Rafflesia... bukan Noni" Aku cuba membantah nama yang disebut oleh pegawai itu... "Betulkah ini wajahnya..?" Tiba-tiba Nazrul menunjukkan sekeping gambar Rafflesia kepada aku. Aku terdiam. Aku semakin bingung dengan apa yang terjadi. Aku hanya mengangguk lemah.

"Kalau begitu boleh encik tunjukkan tempat dimana encik hantar Noni.. tadi..." Tanya pegawai polis itu lagi.. "Saya tak hantar.. tayar kereta saya rosak di situ tadi... Dia Rafflesia bukan Noni." Aku membetulkan ayat yang aku rasa salah disebut oleh pegawai itu. "Apa-apalah..." Jawab begawai polis itu ringkas. Aku terus mengekori pegawai polis itu menuju ke kereta bersama 3 pegawai yang lain, lalu kami terus menuju ke kilometer 15.95.

Kilometer 15.95 memang agak gelap. walaupun kami berempat namun aku rasa begitu seram berbeza di saat aku ditemani Rafflesia tadi. 3 orang pegawai polis itu terus meninjau-ninjau keadaan dengan lampu suluh yang dibawa. "Sarjan... saya jumpa ini.." Jerit seorang pegawai polis sambil menunjukkan seutas rantai berloket berbentuk hati yang dijumpai di tebing sungai kepada pegawai Polis bernama Nazrul, lantas membuatkan kesemua pegawai polis berlari ke arahnya termasuk aku. Aku terperanjat kerana rantai itulah yang tadi dipakai oleh Rafflesia.

"Adakah dia membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. Tapi mengapa... Apa yang telah berlaku kepadanya sedangkan tadi dia begitu ceria bersama aku." Aku terus tertanya-tanya. Berbagai-bagai teori melintasi minda ini... "Ha!! itu dia..." jerit seorang pegawai polis sambil menghunuskan cahaya lampu suluh ke arah satu tubuh separuh bogel yang terkulai layu.

Aku hampir pitam melihat keadaan itu... Baju putih yang sama dipakai oleh Rafflesia tadi, kini koyak dan berlumur darah. Kami semua mendekati tubuh itu.. ternyata baunya amat busuk sekali. Aku menutup hidung tetapi pegawai polis yang lain hanya bersahaja. Mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan dan bau sebegini.

Setelah mengambil gambar mereka terus mengangkat tubuh yang tersadai di tebing sungai naik ke atas. Aku terus menghampiri tubuh itu. Ternyata wajah itu memang wajah Rafflesia... wajah yang begitu sayu sama seperti wajah semasa menemani aku menukar tayar tadi. Tidak semena-mena air mata aku mengalir. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala, tidak percaya dengan apa yang terjadi...

"Encik Danial.." Tiba-tiba Sarjan Nazrul menepuk bahu aku.. "Saya tak bunuh dia sarjan.."Aku bersuara dengan nada separuh menangis secara tidak sengaja... Memang bukan aku yang membunuh dia. Aku tak kenal dia. "Saya tahu... Sebenarnya Noni dilaporkan hilang semenjak 5 hari lalu. Daripada kesan dan keadaan mayat kami percaya ia telah berlaku 4 atau 5 hari lalu. Kami juga percaya dia dirogol sebelum dibunuh..." Sarjan Nazrul menerangkan kepada aku. Pegawai polis lain hanya diam sahaja. "Tapi saya bersama Rafflesia dari Rafflesia Information Center tadi...." Aku memberitahu... "Itu lah kebesaran tuhan encik Danial... Kamu yang baru datang dari semenanjung dipilih tuhan untuk membantu menyelesaikan kes ini..." Beritahu Sarjan Nazrul..

Aku hanya diam... Selalu aku suka untuk melihat keindahan alam sebagai tanda kebesaran tuhan, tapi kali ini misteri Rafflesia ini jelas menunjukkan kebesaran tuhan kepada aku. Tapi kenapa aku??? Kenapa aku yang datang dari jauh beribu batu merentasi Laut Cina Selatan. Itu semua tak mampu aku jawab kerana yang pasti itulah ketentuanNya.

Cinta si Rafflesia walaupun seketika tapi sungguh bermakna. Mungkin inilah kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki di bumi Sabah kerana Misteri Rafflesia begitu misteri hingga menyebabkan aku hampir gila. Bermulanya dengan kekecewaan aku dengan Lin, lantas disuburi dengan tarikan Rafflesia yang palsu dan disudahi dengan tragedi yang sungguh ngeri...

Ternyata Misteri Rafflesia ini akan menjadi satu misteri sepanjang zaman bagi diriku. Misteri inilah yang lebih mendorong aku untuk terus menghayati akan kebesaranNya. Sesungguhnya kelahiran itu misteri, segala kehidupan itu misteri dan kematian itu juga misteri, namun selagi kita percaya dan yakin dengan sepenuh hati tentang kekuasaan yang Maha Esa, semuanya bukanlah misteri kerana baginya semuanya amat mudah. Hanya 'Kun Fayakun...'

37 comments:

Anonymous said...

Respek... Cerita yang menarik.. teruskan berkarya

drmiesya said...

citer misterik lak kali ni...

Anonymous said...

Tahniah. Tragik dan mengharukan.
Rafflesia mencetus 'sense of mystery'yg mencantikkan citer.Apapun, all d best for u.

Anonymous said...

Citer misteri yg menarik giler...siapa gerangan Rafflesia si gadis misteri fantasi anda itu? sayangnya, anda akhiri nasibnyer ngan tragedi ngeri yg xleh saya terima. Coz, sya gak tlah 'terjatuh cinta' pada Rafflesia yg baikbudi dan menawan itu. heheee..keep it up, kawan!

Anonymous said...

Baik punyer citer, brother. ur line is there. sayu ngan citer misteri si gadis Rafflesia tu. Mistik dan unik.Teruskan berkarya...

Anonymous said...

Nukilan yang sungguh menarik... Rasanya saya semakin minat dengan nukilan anda...

Anonymous said...

Noni...Rafflesia....Noni...Rafflesia. hiiii, indahnya nama. Macam Noni AF4 yer. Gua respek lu, brother. Citer misteri cinta giler.Guapun mau cari gadis yg bernama Noni Rafflesia tu kat Sabah. Caya lu...

Anonymous said...

Hello. Aku mimang minat sama kao punyer citer tu. Ada keunikan dlm kisah tu. Especially d hantu jelmaan, Noni Rafflesia. Fuyoo...nama dan karektor yg cun mengancam bah!

Anonymous said...

Awas!! Jangan Pandang Belakang bah..nanti jumpa hantu Rafflesia dari Tambunan. Heheeee.Wa caya lu. Rafflesia hantu baik, bukan jahat punya..!

Anonymous said...

Klo betul2 mau jumpa RAFFLESIA, datanglah ke Tambunan Sabah. nanti sya boleh kasi tunjuk kamu Bunga Rafflesia yg cantik itu bah.

Anonymous said...

Good story. sya suka...

Anonymous said...

Ramainyer peminat Rafflesia. Jeles i. But, tahniah. Anda berjaya mencuri perhatian kami...

Anonymous said...

Ramainyer peminat Rafflesia. Jeles i. But, tahniah. Anda berjaya mencuri perhatian kami...

Anonymous said...

Apalah ader pada nama Rafflesia tu?? cuma fantasi dan imajinasi penulis jer. xdak makner nyer...!

Anonymous said...

Noni Rafflesia. Indahnya nama itu..ingin nak jejaki dia sampai ke Tambunan, Sabah. Tahniah, anda membuat kitaorg tertanya2.

Anonymous said...

wah, gua cadang...bagus u wat novel 'NONI RAFFLESIA'. Gerenti 'MALATOP' punyer. Kitaorg support u.

Anonymous said...

Rafflesia...Rafflesia...Rafflesiiaaa..Bunga Terbesar di Borneo. Cantik dan menarik warnanya. Tapi sya kira, gadis misteri bernama Rafflesia yg kamu ilustrasikan itu,lebih cantik dan menarik..!buatlah novel untuknya. Pasti laris punyer.

Anonymous said...

Ermmm...intresting! Exciting! boleh fight ngan 'Waris Jari Hantu'. wat filem lagi bagus. Luv u Noni Rafflesia.

Anonymous said...

Kame juga suka sama itu citer. Rafflesia memang bunga cantik. Hutan S'wak jugak ada. Tapi pompuan nama Rafflesia susah mau jumpa.

Anonymous said...

NONI RAFFLESIA?? hehe...terima kasih, sdr. Bagong kerana memberi ilham untuk nama puteri sulung kami yg baru lahir.

Anonymous said...

Cayalah gue. Touching betullah citer lu tu. Kawan cni terharu bangat. Tapi lu kasi mati Rafflesia cam 2 ngapa?? Itu yg wat gue marah ama lu. Klu lu xnak, pass jer ama kite. Habih citer..!

Anonymous said...

geram! geramm! geraaammm...!!Bagong, kamu bersalah kerana menghukum Rafflesia mati dgn kejam. Hidupkan Rafflesia semula. Klu dak, habis blog kamu ni aku sensor..!!

Anonymous said...

Sdr. Bagong, kamu punyer xpresi yg baik. Misteri Si Rafflesia menggugah dan mengundang tandatanya. simbolik tapi nyata. Tahniah.

Anonymous said...

Sdr. Bagong, selama ni i xkenal u. But now, i suka karya u tang Rafflesia gadis misteri tu. u r talented one.

Anonymous said...

i think, the power of ur story ada kat nama dan watak RAFFLESIA itself. u created her so beautiful. So sweet n innocent. That's why, she gave u d strenght for it. Congratulation!

Anonymous said...

Tahniah kat u, brother.Aisey, giler ah punyer citer. Leh wat kita tetes airliur dan merembes airmata. Semua kerana RAFFLESIA.

Anonymous said...

Apapun, kirim salamlah kat 'hantu' Rafflesia tu. Suruh dianyer lawat i lak. Nak gak kenalan ngan dianyer. Biar i cucuk pala dia ngan paku 7 inci. hehe

Bagong Perkasa said...

Terima kasih atas sokongan anda semua... Insya Allah Rafflesia akan muncuk kembali selepas ini demi sokongan anda semua... Terima kasih.

Anonymous said...

bAGONG, BAGONG...KAMU WATKAN GUA RASA THRILLINGLAH...DI MANA KAMU PUNGUT NONI RAFFLESIA TU?? HIDUPKAN BALIK RAFFLESIA TU..GUA MAU CITER NGAN DIA.

Anonymous said...

Bagus! Hidup, Noni Rafflesia..!!

Anonymous said...

u nak bagi Rafflesia hidup balik?? wow! kabar gembira untuk semua. Thnx..

Anonymous said...

Apasal hot sgt citer Rafflesia ni??
bikin u'all jadi giler wat? ermm..samalah. guapun giler gak sama Rafflesia. hehee...

Anonymous said...

hi...siapapun anda, citer 2 memang best. So simple but intresting n thrilling. Hantu jelmaan Noni Rafflesia...memang hebat! Teruskan..

Anonymous said...

Citer u biasa jer. but i suke penghayatan u kat ci2. u bergabung ngan roh rafflesia secara live. Kehadiran misteri Rafflesia telah mencuri keseluruhan citer. Tahniah.

Anonymous said...

Jalan cerita yang menarik, sampai tertggu2 apa akan jadi seterusnya..
teruskan usaha anda -analiya83-

Anonymous said...

cayoo!!!!gua suka karya lu...noni refflesia..tp naper dia mati ekk?tragis lerr..ermm aper2 pun tahniah

Anonymous said...

cayoo!!!!gua suka karya lu...noni refflesia..tp naper dia mati ekk?tragis lerr..ermm aper2 pun tahniah