Thursday, May 8, 2008

Kesayuan Rafflesia

Pesanan Bagong:
Cerita ini adalah Episod ke 4 bagi keseluruhan Cerita "Misteri Cinta Rafflesia". Oleh yang demikian sebelum membaca episod ini anda perlu membaca episod-episod yang terdahulu terlebih dahulu. (Klik pada tajuk di atas pada 'Misteri Cinta Rafflesia')


Angin petang menghembus perlahan lalu melayangkan rambut Nani sehingga menutupi sebahagian mukanya. Nani menyelak perlahan agar terserlah kembali wajah ayu yang penuh kesucian. Sesekali dia tersenyum sendiri memerhatikan telatah pelatih-pelatih termasuk Danial Afendi yang begitu melucukan. Terpancar wajah yang sungguh manis, ditambah dengan lesung pipit yang menawan hati. Mungkin jika pelatih-pelatih itu semua siuman nescaya semuanya akan menjadi gila, gila dengan keayuan Nani Rafflesia.

Nani tergelak kecil apabila terlihat Danial jatuh terduduk ketika melompat bermain ‘ting-ting’. Macam budak-budak telatah mereka. Sesekali Nani merasakan seronok tetapi adakalanya dia seakan menyesal. Entahlah dia sendiri tidak pasti adakah berbaloi dia meninggalkan dunia glamour sebagai seorang model dan kemudiannya menyorokkan diri menjadi seorang doktor psikologi yang hanya melayan orang-orang kurang siuman.

Kadang kala dia merasakan dialah yang kurang siuman kerana membuat keputusan sebegitu yang begitu bodoh. Tapi hakikatnya apa yang dilakukan bukanlah kerana kerjaya tetapi kerana insan misteri bernama Danial Afendi.

“Termenung sorang nampak” Sergah Dr Izhan yang membuatkan Nani sedikit tersentak. “Tak lah seronok tengok budak-budak tu”. Jawab Nani sambil memalingkan muka ke arah sekumpulan pelatih yang ceria bermain. “Bosan ker tinggal di sini?” Tanya Dr Izhan lagi menyambung bicara “Biasa saja..” Balas Nani ringkas. “Yer… ke?” Tanya Dr Izhan seakan menyindir.

Nani tidak menjawab, sekadar meninggalkan satu senyuman manis yang penuh persoalan. Segera Dr Izhan mengurut-urut dadanya sendiri melihat senyuman itu. Mungkin tiada lelaki yang boleh bertahan apabila menerima lontaran senyuman dari gadis seayu Nani Rafflesia.

“Dr Nani…. lihat tu” Beritahu Dr Izhan kepada Nani sambil memuncungkan bibir ke arah Danial Afendi. Kelihatan wajah Danial yang tadinya ceria kini tiba-tiba berubah masam mencuka. Mungkin dia cemburu apabila melihat Dr Izhan mendekati Nani. Hati Danial tidak akan senang apabila ada lelaki lain yang menghampiri Nani.

“Hai Danial…” Terus saja Nani menghayunkan lambaian mesra kepada Danial sebagai mencuri hatinya kembali. Lantas sepantas kilat Danial kembali tersenyum. “Hebat cinta Danial terhadap awak ye.” Seloroh Dr Izhan semacam menyindir. Nani hanya mengangguk tanpa bicara. Entah apa maksud disebalik anggukannya itu.

“Apa sebenarnya hubungan awak dengan Danial ?” Tanya Dr Izhan lagi. Entah berapa kali sudah dia mengulangi soalan itu terhadap Nani, namun tidak pernah menemui jawapan. “Dia pesakit saya” Jawab Nani ringkas. Jawapan yang langsung tidak memuaskan hati Dr Izhan.

Dr Izhan memang pelik dengan telatah Danial terhadap Nani. Seakan ada suatu kaitan yang kuat antara mereka berdua. Kadang Kala pula dia melihat Nani dan Danial bagaikan sepasang insan yang sedang berkasih. Bersatu dalam roh cinta yang begitu mendalam. Antara dua situasi yang berbeza, antara siuman dan tidak.

Tiba-tiba suatu suatu jeritan memanggil…

“Nani… ” Nani segera menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. “Eisya!!!!!” Nani membalas jeritan Eisya yang datang mendekati lalu mereka berpelukan seolah melepaskan rindu yang amat sangat.

Shah bekas kekasih lama Nani ada bersama Eisya tapi hanya mendiamkan diri. Sesekali Nani melirikkan sinaran matanya yang tajam ke arah Shah. Perasaan geram terhadap Shah masih menebal. Dia masih ingat begitu mudah Shah memutuskan cinta mereka.

Dr Izhan tidak mahu mengganggu mereka, bersalaman dengan Shah lalu melangkah menjauhkan diri.

“Kau nampak kurus Nani. Kau tertekan ke?.” Tanya Eisya seakan mengambil berat. “Tak lah.. aku gembira di sini. Di sini aku dapat merasakan betapa kita bernasib baik dikurniakan otak. Di sini aku jumpa cinta yang lebih suci.” Jawab Nani seakan memerli Shah sambil melirikkan mata.

“Nani… Sebenarnya kami datang nak berikan ini.” Shah memotong seakan tidak mahu terus diperli oleh Nani lalu menghulurkan sekeping kad. “Mungkin jemputan kahwin” Hati Nani cuba meneka.

Nani sedikit tersentak. Maklumlah baru 4 bulan mereka berpisah, Shah sudah punyai teman baru dan telah bersedia untuk berkahwin. Sesuatu yang agak hebat tapi pelik. Nani cuba menenangkan diri sambil menyambut kad yang Shah hulurkan dengan keadaan yang tenang. Dia tidak harus menunjukkan perasaan kecewa terhadap Shah yang merupakan seorang lelaki yang ego. Dia juga perlu bersikap lebih ego bila berhadapan dengan lelaki seperti Shah.

“Eisya!!! Apa ertinya semua ni”
“Maaf kan aku Nani. Dah jodoh kami.”
“Jodoh ??? Baru 4 bulan Eisya... Kau suruh aku pergi sini, sebab kau nak rampas Shah ?” Eisya hanya mendiamkan diri tapi sedikit tersenyum. Ternyata tekaan Nani ada kebenarannya.

“Eisya…. Kenapa kau buat aku macam ni.. Apa salah aku Eisya…?” Nani sedikit menekan, merayu mendapatkan kepastian. Dia tidak dapat menahan perasaan kecewa apabila mengetahui Eisya rakan karibnya akan berkahwin dengan Shah bekas kekasihnya. Mengapa Eisya sanggup menerima Shah dan mengapa baru 4 bulan mereka berpisah Eisya dan Shah sudah bersedia untuk berkahwin ?. Nani jadi bungkam.

“Hubungan kami dah lama..., semenjak kau di KL lagi Nani” Shah menerangkan dengan nada penuh bangga. “Jadi.. kau sengaja pujuk aku ke sini Eisya? Kemudian Kau Shah... sengaja cari pasal untuk berpisah dengan aku?” Nani cuba membuat andaian dengan sedikit geram. Dia cuba meleraikan konspirasi yang sengaja dilakukan terhadapnya.

“Ya..” Jawab Eisya ringkas sambil mengukir senyuman yang begitu menjengkelkan. Nani jadi begitu sebak. Kenapalah dunia ini begitu zalim kepadanya. Satu permainan hidup yang sungguh menghina dirinya. "Jadi hari ni kau berdua datang jumpa aku jauh-jauh dari KL semata-mata nak sakitkan hati aku? Apa maksudnya semua nya ini?" Nani cuba mendapatkan kepastian dengan nada yang sungguh sayu. Namun soalan itu hanya dijawab dengan senyuman dari dua insan yang sungguh kejam.

Nani tidak dapat menahan sebak. Air mata mula membasahi bebola matanya lalu berlinang perlahan turun lemah menyusuri pipi tanpa dipaksa. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala seakan tidak percaya apa yang dialaminya. Satu penghinaan yang sungguh kejam dari Eisya dan Shah terhadapnya.

Eisya dan Shah pula melihat keadaan Nani itu dengan senyuman yang begitu puas. Dr Izhan yang tadinya hanya memerhati datang mendekati lalu memegang bahu Nani agar bertenang menghadapi ujian yang sungguh menghinakan ini. Nani tidak mampu lagi untuk menahan kesedihan. Dia terasa begitu lemah lalu melentukkan kepalanya ke bahu Dr Izhan seakan mengharap sedikit belas.

“Saudara.. Saudari.. baliklah. Jangan ganggu Dr Nani lagi. Jiwanya sungguh tertekan di sini. Cukuplah ini semua..” Dr Izhan cuba menenangkan keadaan. Tak sanggup dia melihat wajah ayu Nani yang berkerut menahan sebak yang amat sangat. Nani gagal untuk menahan tangisan, hilang segala keegoannya.

Dr Izhan faham betapa hancurnya hati Nani. Dia faham betapa sukarnya menjadi seorang Doktor Psikologi yang penuh dengan tekanan dan kini kekecewaan ini pula harus Nani tanggung. Dr Izhan terus menepuk-nepuk perlahan bahu nani. Nani terus sebak lalu mengalirkan air mata yang kian deras.

Tiba-tiba terdengar suatu jeritan yang kuat…

“Kau!!!!!!!!” Secara tiba-tiba terdengar suara Danial menjerit panjang sambil berlari menuju ke arah Shah lalu melepaskan satu tendangan yang sungguh kencang tepat ke dada Shah. Shah tidak sempat mengelak lalu tumbang ke belakang terhentak bucu tiang yang terkena pada bahagian kepalanya.

“Danial!!! Apa awak buat ni?” Nani terus menjerit sambil memandang Danial yang mengeletar seakan terlalu marah. Danial tidak mengendahkan lalu menerkam dan melepaskan beberapa tumbukan ganas pada kepala Shah yang longlai, langsung tidak melawan. Dr Izhan dan beberapa petugas Hospital bergegas segera menangkap dan memegang erat Danial walaupun Danial terus meronta ganas cuba melepaskan diri.

“Dia!!!!.... Dia!!! …” Danial menjerit dengan mata yang seakan mahu tersembul keluar sambil cuba menghunuskan jari ke arah Shah yang telah terkulai layu dipangkuan Eisya. Bagai ada sesuatu yang ingin dinyatakannya. Merah menyala matanya begitu marah. Entah kenapa Danial yang selalu saja diam tiba-tiba menjadi berang dan begitu ganas sekali. Danial terus mengelupur mahu melepaskan diri dan mahu menerkam Shah.

“Danial… tenang Danial…. tenang…” Nani merayu lalu menggenggam erat tangan Danial yang pejal menggenggam penumbuk. Danial berpaling sedikit melihat wajah sayu Nani yang sedikit comot dibasahi air mata.

“Danial sayang Rafflesiakan....” Danial terus mengangguk lemah mengiakan kata-kata Nani. Dia terus layu mendengar kata-kata Nani yang begitu lemah itu. “Kalau Danial Sayang Rafflesia… Danial kena tenang…Tak boleh ganas macam ni” Nani memujuk dengan suara sedu serak-serak basah setengah menangis. Namun suara itu umpama satu suntikan penenang yang diberikan kepada Danial. Danial terus longlai lalu mengendurkan diri dan tidak meronta lagi. Tapi matanya tetap melirik ke arah Shah. Seakan ada sesuatu dendam kesumat yang telah lama terbuku di dalam hatinya.

“Lepaskan dia” Bentak Nani tegas. “Tak boleh Doktor… bahaya” Jawab salah seorang petugas yang terus memegang Danial. “Lepaskan dia saya kata..” Bentak Nani lagi dengan nada lebih keras. Dr Izhan mengangguk perlahan kepada petugas-petugas itu seakan menyokong agar Danial dilepaskan. Danial dilepaskan dengan perlahan dan ternyata Danial tidak lagi merbahaya kepada sesiapa.

Nani menepuk-nepuk bahu Danial. Danial diam saja lalu menjelmakan satu senyuman dari bibirnya. Orang lain terus mengerumuni Shah yang berlumuran darah dibahagian kepala dan tidak mengendahkan Danial dan Nani lagi. “Mari kita pergi..” Nani berkata berlahan sambil memalingkan bahu Danial dari terus menghadap dan merenung Shah.

“Hei orang gila… Kenapa kau belasah tunang aku ni ha?…” Tiba-tiba Eisya menjerit keras seakan tidak puas hati menyebabkan Nani dan Danial berpaling serentak.

“Apa kau cakap… Orang gila?” kata Nani sambil bergerak mendekati Eisya. “Ya memang dia gila..” Jawab Eisya penuh geram tetapi hanya disambut dengan satu penampar keras dari tangan kanan Nani. Eisya terdiam lalu memegang pipinya yang perit ditampar. Nani terus berpaling tanpa sebarang kata-kata. Puas sudah hatinya dapat melepaskan geram yang tadinya terpendam. Ternyata dia tidak boleh menerima orang mengatakan Danial Afendi gila. Danial pula terus menyeringai seakan puas hati.

Nani terus memimpin Danial bergerak menjauhi keadaan yang kelam kabut orang-orang yang cuba membantu Shah. Tidak ada sedikit hati pun untuk Nani mengetahui keadaan Shah. Mungkin itulah pengajaran yang harus diberikan kepada insan zalim seperti Shah dan Eisya. Mereka berdua terus melangkah berpegangan tangan bagaikan sepasang kekasih yang sedang asyik bercinta.

Sampai di bawah satu pohon kayu Nani memberhentikan langkah. Danial juga begitu. Lalu mereka duduk berdua di kerusi batu tanpa sebarang kata-kata. Danial hanya tersenyum tenang. Mungkin dia merasakan dirinya bagaikan sedang bersanding berdua bersama Rafflesia di atas pelamin. Nani pula begitu sebak menahan sedih seakan dipaksa untuk bersanding.

Fikiran Nani berkecamuk. Dia tidak tahu kenapa Danial boleh menjadi ganas sebegitu. Mungkinkah Danial dapat merasakan betapa sakitnya hati Nani terhadap Shah. Tapi bagaimana Danial yang tidak siuman ini dapat merasakannya ?. Kenapa orang lain tidak?

Nani tidak dapat menjelaskan teori yang terus bermain dibenaknya. Dia tidak faham apa kaitan yang begitu kuat antara Danial dan dirinya. Kalaulah Danial cemburu, kenapa dia tidak bertindak ganas terhadap Dr Izhan yang selalu bersamanya. Entahlah… Kesimpulan yang dicari tidak diketemui, semakin tersimpul dan tidak mampu untuk dijawab.

“Dr Nani…” Tiba-tiba suara Dr Izhan menganggu Nani dan Danial. Nani memalingkan muka. “Dr Nani… Shah telah pergi….” Dr Izhan menghabiskan ayat.

“Ya Allah…” Kalimah seakan kesal yang keluar dari mulut Nani. Nani menekup muka lalu menundukkan badan hingga ke lutut. Tak mahu dia mampamerkan wajah yang penuh kekecewaan itu pada sesiapa.

Itulah takdirnya tuhan. Setiap yang datang pasti akan kembali. Tapi persoalannya Kenapa Danial harus membunuh Shah? Apa dosa Shah terhadap Danial? Adakah Danial marahkan Shah semata-mata kerana mempermainkan Nani ?. Atau ada suatu dendam lama Danial terhadap Shah? Mungkin juga, kerana dulunya Danial dan Shah sama-sama tinggal di Kuala Lumpur. Persoalan yang memang tak mampu Nani jawab.

Memang Nani berhadapan dengan kehidupan yang penuh dengan persoalan, bersama dengan insan yang sungguh misteri bernama Danial Afendi.

“Kenapa Danial?… Kenapa Danial bunuh Shah ?” Danial tidak menjawab soalan Nani itu, tetapi terus menyambutnya dengan senyuman yang menyeringai. Entah apa ertinya… Yang pasti senyuman itu masih mampu mengubati kesayuan hati Nani Rafflesia yang begitu kecewa.

Terima kasih Danial... Kau lah raja yang sentiasa bertahta di hati ini.....

24 comments:

Anonymous said...

Tahniah. Lanjutan citer yg bagus. Citer mnjdi brtmbah misteri dgn peristiwa terbunuhnya Shah di tangan Danial. Menambah persoalan yg blum terjwp. Episod Misteri Si Rafflesia menjdi smkin menarik. Cuma sila perbetulkan 'spacing' taipan dan beberapa ejaan.

Apapun...Bagong penulis kisah misteri yg memiliki 'aura' tersendiri.

Anonymous said...

wah,

Padan muka Shah! Agaknye si Shah tu ada 'hutang' sesuatu ngan Danial tak?? Shah prnh kot tipu dia? atau prnh rebut kekasih Danial sebelum tu??

Hrp Bagong teruskan episod kisah Misteri Si Rafflesia ni. Congratulation for u bagong!

Anonymous said...

Kesiannyer Nani Rafflesia 2 yer...dahlaa kekasih dia dirampas kwn baik sendiri, matui plak si Shah 2 dikejakan danial afendi.

Emmm...best gilerlah otakpala kamu 2 Bagong. Pandi sgt kamu pancing perhatian kitaorang bah.

iris said...

Akan sentiasa menungggu episod yg akan datang.. keep it up..

> Kuatnyer Danial afendi tu kn? hehe.. my hero.. ahaks..

Anonymous said...

klau korang nak tau, kekuatan Danial Afendi tupon ada kat Rafflesia. Sbb cintakan sgt gadis bernama Rafflesia tulah membuatkan danial jdi berani dan snggup membunuh. Emm...yelaa, sape lelaki dlm dunia ni nak lepaskan buahati secantik rafflesia tu??

Anonymous said...

Bagong,

cantik arr warna hijau laman blog u kang ni. Menarik dan segar mata memandang. lebih kemas susunatur ayat. wa caya lu.

Anonymous said...

'ur story bout Rafflesia is ur imigination. But, ur imigination is coming down from ur deepen heart and soul when u created tht very sweet and beautiful character of Rafflesia. Bagong bijak membuatkan rmi pembaca blog u keep on asking bout her either falling in love wif her too. How dare u...!!' heheheeee

Anonymous said...

kwn2 pembaca blog smua,

aku dah gik KK dn cari Noni Herlina Rafflesia kat sana. Fulamak, bkn main payah gik nak jejak dia. aku ada kwn kat sana yg tlng aku dptkan alamat opis dia. tapi mlngnya, noni Rafflesia tu dah berenti keja. kitaorang coba cari kolej tmpt dia study tu. tpi tak dak maklumat lengkap. Wah, haru gak. Tollaa kata mber kat blog ni,mmng susah nak jumpa noni rafflesia yg real tu. tpi aku tak nyesalpon, sbb aku dah berusaha tuk merealisasikan impian aku dtg ke Sabah b'coz of her.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sajak buat Danial Afendi

Danial AFENDI
satu nama lelaki
yang hadirnya jua misteri
apakah gerangan Danial Afendi itu
diri sebenar si Bagong Perkasa?
atau cuma ilusi semata
dalam mencari CINTA
milik si gadis misteri
dari Pedalaman Sabah
yang berselindung di sebalik jelmaan
NONI HERLINA RAFFLESIA??

Anonymous said...

i think, u should give ending the story of rafflesia tu. bagi laluan cite lain lak. bosan arr...asyik tertumpu kat story 2 je. mcm dah takdak cite lain gik.

Anonymous said...

Bro Bagong,

jgn lupa, Rafflesia tlh beri kekuatan pd bagong tuk trus brkarya. RAFFLESIA satu nama harum bagai 'Bunga Dunia'made in Borneo yg turut mengharumkan nama Bagong Perkasa dlm karya penulisan blogger. Kitaorang kenal Bagong kerana Rafflesia. So, just continue with her story. Never ever end it, please!

Anonymous said...

Siapa sebenarnya Rafflesia tu?
ilusi atau insan sebenar??

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

rkn2 peminat blog Bagong Perkasa,

i tak tau sape dia Noni Rafflesia yg korang citekan kat blog ni. Tpi i dpt rasakan kehadirannya yg misteri dan sungguh mengundang tekateki. Betapa hebat dan mempesonanya dia. Rmai yg memprkatakan tang dia kat sini. Sayngnya...smpi kini, takdak sapapun yg benar2 tahu tang dia. Bnyk yg main rambang je. tpi cite rafflesia smkin heboh dan brtmbh misteri.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

emmm...gitu ye?

Wah! gua rasa gua punya sifat cam yg Rafflesia nakkan tu. Nak try bah.

Bagong Perkasa said...

Saya minta maaf kepada pembaca. Saya terpaksa delete beberapa komen. Please jangan bincangkan tentang 'Noni Herlina Rafflesia' di sini. Dia takde kaitan langsung dengan Rafflesia pada cite saya. For me, tak baik dedahkan peribadi org kepada umum. Please stop it...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

eiiii....

aku plng tak sukalah ngan Noni rafflesia khayalan si bagong tu. Nyampah aku! cam dia je pompuan cantik dn bijak kat M'sia ni. ribuan gik gdis2 cantik dan bijak kat luar sana tau. korang je yg buta mata!

Anonymous said...

yg awk jeles 2 apasal?? awk blum jumpa dia gik. i dah jumpa diapon. sembang ngan dia gik. memang Rafflesia tu cantik jelita, baik dan menawan hati sapa je yg kenal dia. klu i takdak wife, mau je i tackle dia. but somehow, she was so honest, sweet n brilliant gurl i ever met bfre. she 1 of d tour guide yg keja ikut rules n schedule. bijak menolak sesuatu dgn brhemah tanpa menyinggung perasaan org yg coba mndekati dia ngan tujuan trtentu. i hormati dia.