Friday, May 25, 2007

Life Is Great...

Dunia ini amat hebat... makhluknya sungguh hebat... Perjalanan dan pergerakkan sungguh hebat... Sesungguhnya Hidup ini Hebat... Hebat sungguh bumi ciptaan tuhan... Segala-galanya hebat belaka walaupun hanya seketul batu.. ia juga hebat kerana apabila dibaling ia bisa utk memecahkan cermin, mencederakan sesiapa saja, malah mampu untuk menumbangkan makhluk sehebat manusia...

Manusia adalah ciptaan tuhan yang paling hebat... Punya akal fikiran untuk berfikir, Punya hati dan perasaan untuk merasa dan Punya nafsu untuk terus berkehendak. Kita punyai kehendak yang meronta... punyai fikiran untuk mencorak dan merencana.. akhirnya kite kecapi dan rasailah dengan hati serta perasaan... puas, kecewa, menyesal, gembira, merana...

Hidup ini hebat. Namun disebalik segala kehebatan itu kita seringkali terasa terlalu lemah... mudah mengalah.. putus asa... dan hilang segala kehebatan yang dikurniakan oleh tuhan yang Maha Esa. Kita memang lemah disisiNya.. Merintih... menyesali kelemahan diri... akur atas segala yang terjadi... itu apabila kita bermunajad kepadaNya... Apabila kita bersamaNya.... Selainnya... Kita harus kuat.... Berdiri gagah segagah gagahnya... Berlari pantas sepantas halilintar... Berpegang teguh tidakkan tergoyah.. kerana kita ada tujuan.. kita ada Misi... Menuju Puncak... Jadikan Hidup Ini Hebat.....

Jangan hancurkan Hidup yang indah...
Kita adalah Hamba yang Esa...
- May

3 comments:

drmiesya said...

hidup memang indah.. alangkah indah lagi apabila kita dicintai dan mencintai.

Anonymous said...

masa tengah mengandung mana boleh kawin lagi.. tunggu lepas labour laa...

Anonymous said...

Jika nakkan kehidupan yg HEBAT, kita harus PERKASAKAN diri. Harus BERANI MEREDAH segala pahitgetir ujian yg Esa. Boleh menangis tatkala berduka, dan bisa ketawa masa gembira. Yg penting, Akal, Minda dan Fizikal kita sentiasa sihat terjaga. Jika sakit, usah merintih kesal. Cari ubat dan penawarnya. Jgn lupa berdoa dan bersyukur atas nikmatNya. Nescaya, hidupkan terasa hebat dan berbahagia.