Wednesday, October 31, 2007
Kontrak Kasih
Anuar termenung sendirian merenung Selat Tebrau yang begitu tenang tanpa ombak yang memukul pantai. Suasana sungguh berbeza dengan jiwa Azman yang begitu berkocak. Dia tidak pasti keputusan yang harus dia buat dengan tawaran yang diberikan oleh Nadia. Perkenalan Anuar dan Nadia yang pada mulanya hanya antara seorang pelajar dan pensyarah berubah menjadi intim. Memang suatu hubungan yang pelik. Anuar merupakan pelajar separuh masa yang baru berumur 28 tahun. Dia sudah beristeri dan mempunyai 2 orang cahaya mata hasil perkahwinan 4 tahun lalu dengan Hafiza. Perkahwinan yang begitu bahagia, isteri yang begitu setia serta memahami suami yang selalu sibuk dibebani tugasan kerja dan belajar, dihiasi pula dengan sepasang cahaya mata yang comel dan bijak. Semuanya kelihatan begitu indah. Namun dalam keindahan itu muncul pula insan lain dalam hidup Anuar... Nadia... Pensyarah bujang yang kini telah menjangkau usia 38 tahun. Nadia memang seorang wanita yang dianggap berjaya dalam kerjaya berkelulusan Doktor Falsafah dan kini dia bergelar Profesor. Mungkin kerana terlalu mengejar kerjaya itulah sehingga dia terlupa kepada tugas yang diamanahkan tuhan untuk mencari pasangan hidup.
Anuar memang seorang yang berfikiran terbuka dan peramah.. dan atas sikap itulah, Anuar secara tidak sengaja pernah bertanya soalan peribadi kepada Prof Nadia tentang pasangan hidup. Semenjak dari saat itu mereka sering berbincang tentang perkahwinan, anak dan akhirnya poligami. Nadia yang sebelum ini tidak pernah terfikir tentang itu semua kini semakin risau dengan usia yang semakin meningkat. Dia merupakan anak tunggal yang boleh dikatakan kaya. Punya kereta besar dan banglo mewah. Kini Nadia mula berfikir tentang pewaris hartanya, siapa yang akan menjaganya dikala dia tua kelak dan siapa yang sanggup menjaganya dikala dia sakit dan tidak berdaya. Tambahan pula masa semakin suntuk untuknya untuk mendapatkan anak. Perkara yang tidak pernah dia fikirkan dulu, kini sentiasa bermain diminda apabila Anuar mengajukan persoalan itu kepadanya. Nadia semakin risau.
Perkenalan mereka yang semakin rapat akhirnya telah menyebabkan Nadia menawarkan perkahwinan Kontrak kepada Anuar. Perkahwinan kontrak yang sememangnya agak pelik. Tapi itulah cadangan Nadia kepada Anuar. Sebenarnya dalam status Nadia yang sebegini tiada siapa yang berani mendekatinya untuk menjadi pasangan hidup. Tiada siapa yang boleh Nadia ajak berunding tentang hal-hal sebegini melainkan Anuar. Dan akhirnya Nadia terpaksa menjadi 'perigi yang mencari timba' untuk menjadikan Anuar sebagai suami sementara, hanya untuk mendapatkan anak. Dan selepas itu mereka harus berpisah. Nadia tidak mahu perkahwinan mereka menjadi penghancur kepada keluarga bahagia Anuar dan Hafizah. Biarlah kontrak itu benar-benar difahami oleh Nadia, Anuar dan Hafizah. Kehadiran Nadia bukanlah sebagai api yang membakar sekam tapi hanya sekadar suatu pertolongan untuk menyambung zuriat. Secara teorinya memang nampak mudah tetapi praktikalnya tiada siapa yang tahu. Anuar sendiri masih tidak mampu untuk membuat keputusan. Dia seakan setuju tetapi masih tidak pasti adakah perkara yang ingin dia lakukan ini benar. Adakah dia benar-benar ikhlas untuk menolong atau sebagai mencuri peluang mengaut kemewahan dari lubuk emas yang terbentang di depan mata.
3 Mac 2005
"Aku terima nikah Nadia Bte Kamil dengan mas kawinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai". Air mata Hafiza terus mengiringi ucapan Akad nikah yang dilafaz oleh suaminya Anuar . Entah mengapa secara tiba-tiba dia terasa begitu bodoh kerana membenarkan poligami itu. Mata Hafizah yang berlinang dengan airmata terus merenung surat kebenaran berpoligami yang di tandatanganinya dua minggu lalu. Mungkin pada waktu itu dia bagai terpukau dengan niat yang disampaikan oleh Anuar untuk membantu Nadia. Anuar memang suami yang baik dan dia yakin suaminya bukan lah seorang yang gatal atau sengaja untuk menduakannya. Tapi kini dia sedar hatinya seakan tidak boleh terima dengan kehadiran Nadia dalam rumah tangga mereka. Tiba-tiba dia terasa bagai ada satu ancaman dari Nadia. Nadia punya kerjaya yang kukuh, punyai kewangan yang kukuh dan mungkin itu mampu untuk memisahkan dirinya dan Anuar. Memang Hafizah tidak setanding dengan Nadia. Hafizah hanya seorang Pembantu Am yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Tetapi semuanya telah terlambat. Akad nikah telah pun dilafaz. Kini sudah sah perkahwinan antara Anuar dan Nadia. Secara tidak langsung telah sah jugalah Hafizah kini bermadu dengan Nadia. Suatu status yang tidak pernah diingini oleh insan yang bergelar wanita.
"Fiza.... Nadia..." Hafizah dan Nadia seakan bersahut lemah sesama sendiri... bersalaman kemudian berpelukan... Airmata mereka terus membasahi pipi mereka berdua... Pastinya suatu dugaan hidup yang begitu sukar perlu mereka tempuh selepas ini. Mereka harus buang segala perasaan iri hati, syak wasangka dan perlu saling memahami. Anuar mendekati Hafizah dan Nadia kemudian die memegang kedua-dua tangan isterinya lalu mengucupnya. Suatu peristiwa yang bagaikan mimpi yang dialami oleh mereka bertiga. Semuanya nampak begitu bahagia sekali. Namun dalam hati setiap mereka, tuhan saja yang mengetahui. Andaikata ada diantara mereka bertiga tidak berdiri dilandasan yang betul maka padah yang amat dahsyat pastinya akan berlaku.
Afizul Nizam dan Afizi Laili hanya memerhatikan gelagat mereka bertiga dengan penuh persoalan. Mereka langsung tidak paham dengan apa yang berlaku. "Nizam... Laili.. come here dear..." Anuar memanggil anaknya dengan penuh kasih sayang. Nizam dan Laili datang mendekati... Mereka berlima duduk berpandangan seakan satu bulatan. Tidak ramai hadirin yang datang pada majlis akad nikah itu. Ibu bapa Anuar dan ibu bapa Hafizah langsung tidak kelihatan. Mereka memang menghalang keras perkahwinan itu. Mereka semua tidak sangka Anuar yang selama ini dianggap suami mithali sanggup menduakan Hafizah demi kepentingan diri sendiri. Mereka juga menganggap Hafizah terlalu bodoh kerana memberi kebenaran kepada Anuar untuk dimadukan. Tetapi itulah hakikat hidup. Orang lain hanya boleh melihat dan menilai dari segi luaran sahaja dan sering berfikiran negatif. Mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku dan tidak tahu kontrak antara Anuar, Hafizah dan Nadia.
7 Januari 2007
"Nizam... Laili.. mari sini tukar baju. Kita nak pergi tengok Baby." Hafizah memanggil anak-anaknya. "Baby siapa mama?" Tanya Nizam anak kecil yang begitu petah berkata-kata. "Baby ibu lah sayang... Ibu dah dapat baby..." Hafizah memberitahu lembut. Semenjak bermadu, Nizam dan Laili akan memanggil Hafizah, Mama manakala memanggil Nadia, ibu. "Yeye.. ibu ada baby baru..." teriak Laili keriangan. Mereka memang manja dengan Nadia. hampir setiap minggu Nadia akan bersama-sama Hafizah membawa Nizam dan Laili berjalan. Anuar jarang sekali bersama mereka dikala itu. Suatu kehidupan yang begitu asing bagi mereka. Sebelum bermadu hampir setiap minggu Hafizah akan pulang ke rumah ibu bapa atau mertuanya. Namun kini aktiviti itu dikurangkan sedikit. Kadang kala dia rimas kerana sering diperli oleh mereka yang beranggapan dirinya begitu bodoh kerana membenarkan dirinya dimadu. Hafizah hanya berkata "Dah jodoh mereka...". Itu saja jawapan selamat yang mampu diberikan yang sering membuatkan ibubapa serta mertuanya geram dengan kesabaran yang langsung tidak difahami. "Kau tau Nadia... tak pernah terjadi tau keturunan kita dimadu. Agaknya.. engkaulah orang yang paling bodoh dalam keturunan kita ni" Itulah kata-kata yang paling mengguris perasaan Hafizah dari insan yang bergelar ibu. Namun Hafizah tenang menerimanya. Dia sedar kesabaran saja lah yang akan membawa dirinya berjaya di dunia dan di akhirat. Payung Emas pastinya menantinya diakhirat kelak.
"Ayah!!!!..." Nizam dan Laili berteriak serentak sambil berlari menuju ke arah Anuar yang duduk menemani Nadia yang masih terlantar di katil hospital. Hafizah hanya tersenyum melihat gelagat mereka. "Ayah.. ayah.. mana baby ibu ayah..."Tanya Nizam seakan tidak sabar. "Tu... kat sana.. sekejap ayah ambil..." Anuar memberitahu sambil jari telunjuknya menuding pada bayi yang masih kemerahan. "Macam mana kak... sakit tak?" tanya Hafizah kepada Nadia seakan mengejek... "Tak sakit pun... Sodap..." Jawab Nadia bersahaja. Hafizah terkejut dengan wajah nadia yang hanya tersenyum seolah-olah bukan baru melahirkan anak. "Tak sakit!!!!" Hafizah seperti tidak percaya. Pengalamannya melahirkan Nizam dan Laili amat menyakitkan. "Macam mana nak sakit... dia operation... maklumlah enjin lama..." sampuk Anuar berseloroh yang membuatkan mereka tertawa. Tapi kelihatan Nadia sedikit menahan sakit dari ketawa yang cuba diluahkan. "Abang ni tak baik tau cakap macam tu" Tegur Hafizah... dia takut andai Nadia kecil hati dengan perkataan 'enjin lama' itu.. "Bukan lama Fiza... tapi tua..." Sampuk Nadia pula sambil tersenyum. Hafiza hanya tersenyum melihat Anuar mengangkat-angkat kening dengan jawapan itu.
"Abang lepas ni bawalah akak duduk rumah kita sementara waktu... biar saya jaga akak sementara ni." Hafiza memberi cadangan pada Anuar. Anuar hanya diam saja sambil menudingkan kening ke arah Nadia. "Takpe lah Fiza. Susah kan Fiza pulak. Lagi pun Fiza kan kerja." Nadia memberitau seakan menolak. "Erm.. tak sudi lah tu.. mentang-mentanglah rumah kita buruk. Saya kan dah berhenti kerja.." Hafiza menjawab lagi membuatkan Nadia serba salah untuk menolak. Dia perlu menjaga hati madunya. Bukanlah dia tidak sudi tinggal di rumah madunya yang sememangnya tidak sehebat rumahnya, tetapi dia malu dengan Hafiza yang begitu baik. Selama ini kehidupan Nadia begitu Korporat. Tiada rakan untuk bergurau apalagi berbincang tentang hal peribadi. Namun Hafizah mampu memusnahkan sempadan itu dan menjadi rakan dan adik yang begitu akrab. "Camana kak? ok ker?" Tiba-tiba Hafizah bertanya sambil menepuk lengan Nadia yang sekan termengelamun. Nadia hanya mengangguk lemah tanda setuju... kemudian disusuli dengan airmata yang tiba-tiba berlinang lalu mengalir membasahi pipi... Hafizah diam saja. Mungkin dia dapat menyelami hati Nadia lantas mengesat air mata itu dengan tapak tangannya.
7 Julai 2007
Percutian keluarga Anuar ke Pulau Tioman kali ini amat menyeronokkan . Ditambah pula dengan kehadiran insan baru Afizul Fikri yang berusia 6 bulan membuatkan semuanya amat ceria. Bagi Hafizah inilah kali pertama dia pergi bercuti ke Pulau sebegini. Di hotel yang serba mewah, sajian yang begitu lazat dan suasana yang amat menenangkan. Dan pada malam itu suasana nampak begitu tenang dengan kilauan bintang yang menghiasi langit biru bersama bulan berbentuk sabit. Anuar, Hafizah dan Nadia menikmati suasana itu bertiga di tepi pantai meninggalkan anak-anak mereka bersama pembantu rumah yang di bawa bersama. "Anuar u ingat tak pada kontrak yang pernah kita buat dulu... i rasa sudah sampai masa untuk kita berpisah..." Tiba-tiba Nadia membuka kata membuatkan Anuar dan Hafizah seakan tersentak diam seribu bahasa... "Ni cek RM 20,000. bukan lah i bermaksud untuk membeli u.. tapi sebagai ucapan terima kasih i kerana sudi membantu i. I pegang pada janji dulu. I tak mahu dituduh sebagai perampas kebahagiaan orang lain..." Nadia bersuara lagi dengan nada yang agak sedih namun dia tenang." Anuar hanya mendiamkan diri, kaku sahaja. Hafizah pula tiba-tiba menangis kesedihan dengan kata-kata Nadia. Dia tidak sangka Nadia telah mengaturkan semua ini dalam keadaan mereka semua bergembira menikmati percutian bersama. Dia merasakan kontrak yang mereka persetujui suatu masa lalu begitu cepat untuk ditamatkan. Kemesraan antara dirinya dan Nadia sudah sampai di penghujungnya. "Abang boleh tak abang tinggal kan kami berdua... Fiza nak berbincang dengan Kak Nadia kejap...." Pinta Hafizah kepada Anuar. Anuar hanya mengangguk lalu bergerak meninggalkan mereka menuju kerusi kayu yang diletakkan di bawah pepohon kayu menghadap ke Lautan Cina Selatan.
"Mengapa kita harus berpisah kak?... Kami bukan mahukan harta kakak... Selama ni abang tak pernah ambil kesempatan atas semua itu..." Tanya Hafizah. "Bukan gitu Fiza... Anuar terlalu baik... Fiza pun terlalu baik bagi kakak... Tiada insan lain yang sebaik u all di dunia ni. Tapi ini perjanjian Fiza. Akak langsung tidak ada niat untuk rampas suami Fiza... Akak hanya minta tolong...". "Bukan suami Fiza kak... tapi suami kita... Anuar jodoh kita kak" Fiza memperbetulkan kata-kata Nadia. "Semenjak akak ada... Fiza rasa gembira kak... sebelum ni Fiza tak ada kawan... Abang Anuar selalu sibuk. Tapi akak dah jadi kawan Fiza... Fiza langsung tak heran harta akak... Fiza hanya mahu hubungan kita kak."Fiza memberitahu sambil menahan sedih... "Akak faham Fiza... Tapi kita bukan lah berpisah terus... berpisah dari segi hubungan suami isteri antara akak dan Anuar. Kita masih boleh terus berkawankan... " Nadia menerangkan sambil menggenggam erat tangan Fiza.
Anuar terus merenung jauh memerhatikan lampu-lampu bot nelayan di tengah lautan. Dia tidak pasti apa perbincangan kedua-dua isterinya, apa lagi keputusan yang bakal diperolehi. Sebagai lelaki dan suami dia sememangnya mempunyai kuasa mutlak namun dia lebih sukakan demokrasi terpimpin. "Abang..." Jerit Hafiza sambil melambaikan tangan kepada Anuar. Anuar lantas bangun menghayun langkah yang longlai menuju ke arah kedua-dua isterinya. Dia masih ingat lagi kontrak yang pernah mereka setujui dan masih berpegang pada kontrak itu. Dia amat sayangkan Hafizah, seorang isteri yang sanggup berkorban di dunia demi insan lain. Dalam masa yang sama dia juga menyayangi Nadia, isteri manja yang hampir 10 tahun lebih tua darinya. Namun lembu ditambat pada talinya, manusia harus berpegang pada janjinya. "Abang... Kami dah buat keputusan. Kami ingin terus bersama. Abang tak perlu lepaskan akak Nadia. Kontrak tu dah batal..." Hafizah memberitahu riang sambil mengoyakkan cek bertulis RM 20,000 atas Nama Anuar Bin Ibrahim. "Syukurlah..." Anuar menadah tangan tanda kesyukuran. Isteri-isteri yang baginya anugerah tuhan yang tidak ternilai. Sambil menadah tangan Anuar menggerakkan jari jemarinya tanda menyuruh Nadia dan Hafizah datang mendekati... lalu mereka berpelukan bersama. "Nanti dulu... saya ada satu syarat lagi." tiba-tiba Nadia bersuara dan melepaskan rangkulan itu. "Mulai sekarang harta-harta saya bukan lagi harta saya." Nadia memberitahu lalu membuatkan Hafizah dan Anuar tersentak berpandangan sesama sendiri... "tapi harta kita bersama..." Nadia meneruskan kata-kata dan terus merangkul Anuar dan Hafizah kembali. Kini Nadia mula sedar, kerjaya dan harta yang dikejar selama ini bukanlah segalanya. Kebahagiaan yang dialami kini tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Ia begitu berharga dan tidak ternilai. Atas dasar itulah dia menolak segala keegoan untuk menjadi isteri kedua kepada insan biasa seperti Anuar lalu menyerap segala tohmahan. Sememangnya madu itu sememangnya amat manis jika dinikmati dengan cara yang betul. Jangan dimasamkan sesuatu yang manis. Tiada salahnya berkongsi kasih andainya kita saling memahami tanggungjawab hidup sebagai manusia dibumi tuhan ini. 'Kebenaran' yang tuhan berikan itu pasti ada hikmahnya bagi orang yang benar-benar berfikir....
Thursday, October 4, 2007
Sucikan Kasih Ini...
Kemudian aku hulurkan padamu....
Kita cambahkannya bersama...
Membesar lalu menguntum...
Dijaga rapi... terus berseri....
Kasih itu santapan kita...
Menyegarkan segala kelayuan..
Menghangatkan kedinginan malam...
Menyejukkan kehangatan mentari...
Lalu... Ia segar sentiasa...
Ceria... Indah mewangi...
Kasih itu bahtera kita...
Meredah samudera... Merentasi benua...
Menuju matlamat yang satu..
Walau pun jauh beribu batu...
Kadang gementar dilambung ombak yang ganas...
Namun kasih tetap teguh berpadu....
Kasih ku ini kasih yang benar...
Bukan kekasih gelapku..
Bukan kasih separuh masa...
Kasih suci sepenuh hati...
Kasih yang tulus... Kasih yang luhur
Lahir dari hati yang murni...
Kasihku...
Jangan sekali kau pergi...
Jangan sekali kau ratapi...
Tak perlu kau khuatiri...
Kerna walau bagaimanapun sekali aku...
Kasihku tetap benar....
Kekasihku...
Di kesucian Aidilfitri ini...
Kita sucikan kasih ini...
Hilangkan noda... buangkan dosa...
Semoga kasih akan sentiasa...
Bersama dan selamanya...
Dari Bagong :
Sempena Aidilfitri ini... aku benarkan korang amek madah aku ini... dan berilah pada pakwe, makwe, tunang, bini atau suami masing-masing... Semoga Kasih sayang korang akan terus bersemi dan bahagia selamanya. Amin....
Sunday, September 30, 2007
Bayangan Rafflesia
Pesanan Bagong:
Cerita ini adalah Episod ke 2 bagi keseluruhan Cerita "Misteri Cinta Rafflesia". Oleh yang demikian sebelum membaca episod ini anda perlu membaca episod-episod yang terdahulu terlebih dahulu. (Klik pada tajuk di atas pada 'Misteri Cinta Rafflesia')
DANIAL :
Masa terus berlalu meninggalkan aku... meninggalkan kisah Rafflesia yang dulunya begitu hangat... sentiasa menghiasi muka depan tabloid yang menjadi tumpuan rakyat yang simpati akan kematian Rafflesia yang sungguh mengharukan. Mungkin orang tak kenal Rafflesia. Mereka lebih kenalkan Noni. Tak kisah lah.. apa saja namanya, dia tetap orang yang sama.
Secara tiba-tiba nama aku juga turut popular. Mereka anggap aku insan misteri yang hadir membantu menemukan mayat Rafflesia dengan cara yang agak mistik. Tapi selepas itu mereka tidak tahu betapa aku terseksa... aku menderita. Aku tidak dapat melupakan Rafflesia. Bayangan Rafflesia seolah-olah sentiasa mengekori aku walaupun aku telah kembali ke
Aku sendiri tidak pasti sudah berapa lama aku tidak bekerja. Kereta Proton Waja yang aku beli pun sudah ditarik balik oleh pihak bank. Sewa rumah pun aku dah tak mampu bayar. Aku tak dapat bekerja selagi jiwa aku tak stabil. Entah sampai bila aku harus berterusan sebegini. Duduk di rumah terbengkalai. Siang aku merayau, malamku pula hanya bertemankan sinaran pelita yang samar, tidur beralaskan kotak buruk, ditemani nyanyian nyamuk yang membingitkan telinga. Suatu kehidupan yang terlalu asing bagi aku. Dulu memang begitu asing, tapi kini aku rasakan begitu selesa. Walau dalam keadaan yang begini usang, namun aku tetap gembira kerana setiap malamku pasti akan ditemani Rafflesia yang sentiasa memerhatikan aku dari sudut
Hari ini aku mesti dapatkan Rafflesia. Orang kata Rafflesia sudah mati. Sudah disembahyangkan, sudah dikapankan dan telah dikebumikan, namun aku tetap yakin Rafflesia masih hidup. Sudah 3 minggu aku perhatikan dia berjoging setiap petang sabtu di Taman KLCC. Aku benar-benar yakin dialah Rafflesia. Susuk tubuhnya, ikal rambutnya yang menggerbang, lirik senyumannya memang sama dengan Rafflesia yang pernah aku jumpa dulu, malah rantai emas berloket berbentuk hati juga masih tersemat di dada Rafflesia. Bergoyang kekiri dan kenana apabila dia berlari.
Tapi aku begitu pelik. Dia seolah tidak mengenali aku lagi. Setiap kali aku memanggilnya dia akan lari terus meninggalkan aku. Mungkin dia sudah lupa kepada aku yang pernah bertemu di Tambunan dulu, Tak apalah kalau begitu kerana aku tetap akan merinduinya. Atau adakah dia sudah ada kekasih baru?. Ermm.. Itu semua tidak penting bagi aku. Yang penting, aku pasti mendapatkannya hari ini walau apa terjadi sekali pun. Aku mahu pastikan dia masih benar-benar hidup dan hadir dalam keadaan yang nyata. Aku tak suka diganggu oleh bayangan Rafflesia lagi.
Mentari senja mula terbenam meninggalkan cahaya kemerahan di ufuk timur. Wajah Rafflesia jelas keletihan tapi senyumannya tetap ayu. Tetap memikat hati siapa saja yang memandang. 5 pusingan dia berlari hari ini. Jenuh juga aku menunggunya tapi aku rasa berbaloi.
Aku terus mengekori Rafflesia menuju ke tempat letak kereta bersebelahan Masjid KLCC. Perlahan saja dia melangkah sambil kedua-dua tangannya memegang tuala kecil yang tersangkut di leher.
Ya... Hari ini aku mesti dapatkan Rafflesia... Rafflesia akan jadi milik aku selamanya. Tiada lagi bayang-bayang... tiada lagi igauan. Kenyataan akan hadir buat selama-lamanya. Dia akan hidup bahagia bersama aku hingga keakhirnya. Tapi adakah Rafflesia kali ini adalah suatu yang nyata... atau suatu mistik yang akan menjerat aku buat kali ke 2. Aku tak kisah semua itu. Rafflesia tetap akan menjadi milik aku!!!
RAFFLESIA :
Ahhh!!! di mana aku ini...?? Adakah ini yang dinamakan neraka?. Gelap gelita... penuh dengan nyamuk... Adakah masuk neraka tangan akan terikat sebegini... mata langsung tidak dapat melihat. Gelap... hitam... dan pekat...
Aku langsung tak dapat mengingati apa yang berlaku. Rasanya tadi aku pergi berjoging... Selepas itu??? entah..... apa yang terjadi. Tiba-tiba aku sudah di sini. Kalau aku mati... bila masa pula malaikat maut menyabut nyawa aku ?. Ah!!! aku tak mampu untuk berfikir.
"Tolong!!!!... tolong!!!!" entah berapa kali sudah aku menjerit meminta tolong tapi hampa. Apalah semua ini... Tidak ada apa yang mampu aku buat dalam keadaan tangan dan kaki yang terikat sebegini. Keadaan yang gelap langsung tidak dapat membantu... hanya sesekali terdengar libasan kelawar yang terbang di sekeliling.
Aku hanya mampu menangis. Takut yang amat sangat. "Kenapa aku boleh jadi begini????" Bisik hati ini yang terus menggeletar ketakutan. Tiba-tiba aku terpandang seperti ada cahaya yang bergerak mendekati. Cahaya yang agak samar. Bergerak sambil berhayun. Dekat dan semakin dekat membuatkan hati ini terus berdebar dan semakin berdebar. Air mata terus bercucuran kerana ketakutan. Ingin sekali aku lari sekuat hati, tapi apakan daya kaki dan tanganku masih tertambat. Aku hanya mampu menanti apa saja yang datang.
"Engkau..!!!" Mulut ku bersuara tanpa disuruh... terkejut dengan wajah yang tiba-tiba terpacul dari balik tembok sambil memegang lampu pelita. Aku masih ingat dengan wajah ini. Pengemis inilah yang mengganggu semasa aku berjoging di Taman KLCC minggu lalu.
"Kau masih kenal aku Rafflesia???" jawab lelaki yang sambil
Bau badannya yang busuk membuatkan aku terasa nak muntah. Rambutnya yang berserabut amat menjijikkan. "Tidak Rafflesia... aku tak akan lepas
Aku bukan orang semenanjung... Aku orang Tambunan... baru 5 bulan aku berpindah ke
"Rafflesia sayang... aku tahu kau lapar... aku ada bawakan makanan untuk mu sayang... mulai hari ini kita akan makan bersama-sama..." Lelaki itu kembali bersuara seakan terketar lalu disusuli dengan hilai tawa dengan nada yang sungguh gembira... Aku semakin takut, aku bingung... aku tak paham apa yang terjadi...
Dalam tangisan, aku hanya memerhatikan lelaki itu yang seakan mahu menghidangkan makanan. Tiada apa yang boleh aku lakukan lantas mengalihkan pandangan ke arah sisi sebelah kiri. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat lukisan wajah aku yang agak lusuh tertampal disitu. Cantik lukisannya. Memang itu lah wajah aku... siap dengan rantai bersama-sama loket berbentuk hati pemberian ibu yang sentiasa aku pakai. Keadaan menjadi semakin misteri bersama dengan lelaki seperti pengemis gila yang sungguh misteri... Aku takut......
"Rafflesia.. makanan dah siap.. tapi sebelum makan aku nak pastikan bahawa kau adalah benar-benar Rafflesia.." Pengemis itu memecah kesunyaian malam dengan nada yang agak keras sambil memegang dagu aku.. Aku hanya diam tak mampu menepis. Apa lagi untuk melawan. Aku sungguh takut.
"Memang aku Rafflesia.. tapi kenapa kau buat aku macam ni ha??" aku
"Yassin.... Wal Quran nul hakim... " Tiba-tiba pengemis itu membaca surah Yassin. Aku bagai tidak percaya apabila seorang pengemis gila sepertinya lancar membaca surah Yassin. Sayu suaranya separuh menangis. Membaca tanpa sebarang rujukan, hanya dengan hafalan. Hati aku tiba-tiba sayu mendengarnya. Dia terus membaca sambil tangannya menghayunkan satu plastik air masak. Adakah aku sebenarnya telah mati... atau adakah dia adalah Malaikat Maut yang bersedia untuk menyabut nyawa... Aku terus binggung...
"Rafflesia... Minum ni..." Aku menurut saja suruhan lelaki itu. Aku takut untuk melawan. Tapi kini aku pasti dia bukanlah seorang yang jahat tapi dia gila. Orang jahat tak
"Ha..Ha.. Ha... Kau memang Rafflesia..." Katanya lagi sambil merenjis-renjiskan sisa air tadi ke muka dan tubuh badan aku. "Sekarang mari kita makan" Sambungnya lagi yang kemudian beredar ke arah makanan yang telah disediakan... "Tolonglah aku... Apa kau mahu dari aku... Tolong lah jangan apa-apakan aku..." Aku terus merayu yang terus dibalas dengan hilai tawa saja.
"Jangan Bergerak!!! Kami Polis!!!." Tiba-tiba 4 orang anggota polis menyerbu masuk lalu menghunuskan pistol ke arah lelaki itu... Aku tersentak tapi begitu bersyukur. Aku yakin, aku selamat kini. aku juga yakin aku masih hidup dan masih berada di dunia ini.
Lelaki itu tidak melawan. Dia seolah-olah tidak takut dengan polis yang menyerbu. Dia hanya diam apabila tangannya digari. "Terima kasih encik.."Ucapan itu aku ucapkan apabila salah seorang anggota polis melepaskan ikatan tangan dan kaki aku. Aku terus saja mengibaskan tangan dan kaki yang terasa begitu lenguh.
"Apa yang sebenarnya berlaku encik?. Kenapa orang gila ni colek saya ?" Aku
Lelaki itu diam dan terus tunduk saja apabila pihak polis mengeledah barang-barangnya. Sesekali dia berpaling ke arah aku lalu tersengih mengeringai. Tajam renungan matanya begitu menakutkan
"Tuan.. Saya jumpa ini.." beritahu salah seorang anggota polis lalu menyerahkan satu beg duit yang agak lusuh kepada ketua mereka. Polis itu terus saja membuka apabila menerimanya lalu mengeluarkan kad pengenalan yang masih tersimpan.
"Danial Afendi Bin Azman" Kata Polis itu sambil menepuk-nepukkan tapak tangannya ke tengkok lelaki pengemis itu... "Danial Afendi!!!!!" Nama itu membuatkan aku mengangkat kepala lantas memandang tepat ke arah lelaki pengemis itu. Aku rasa aku kenal dia.
"Nanti dulu Encik..."Aku
"Sapa nama cik ?" Polis itu bertanya apabila aku melepaskan dakapan terhadap Danial Afendi. "Nani... Nani Rafflesia..." Jawabku yang membuatkan Danial Afendi mengangkat kepala lalu merenung dengan sinaran cahaya mata yang sungguh tajam. Tembus hingga ke dasar hati ini.
Sayu, sedih hati ini. Tiba-tiba teringat kembali adik kembar aku Noni yang dulunya sentiasa bersama, namun terpisah seketika kerana mengejar cita-cita, kemudian terpisah buat selama-lamanya.
Tapi aku tetap bersyukur kerana dengan kehadiran insan misteri bernama Danial Afendi, Noni mampu dijumpai walaupun dalam keadaan yang tidak bernyawa. Sekurang-kurangnya kematiannya meninggalkan bukti nesan bukan hilang ditelan masa. Tapi mengapa Danial Afendi boleh jadi sebegini? Apa telah berlaku kepadanya? Persoalan yang tak mampu aku jawab. Biarlah ia menjadi suatu misteri dalam hidupku.
"Terima kasih Danial Afendi...." bisik hatiku menahan sedih sambil memerhatikan Danial Afendi masuk ke dalam kereta polis. "Danial Afendi... Aku rela menjadi pengganti Noni Rafflesia kalau itu yang kau mahu...."
Thursday, September 13, 2007
Kekasih Gelapku....
Benar kata orang 'Hidup umpama roda', tidak sentiasa gembira, tidak selalu ceria. Sekali ombak memukul pantai pastinya pasir akan terus berubah. Begitulah lumrah kehidupan. Dulu aku memang seorang yang bebas tapi terkawal. Hidupku umpama burung yang bisa terbang bebas kemana saja yang kumahu. Mendaki gunung, membeli belah, menonton wayang, melepak di pusat membeli belah malah kadang kala pergi melalak menyanyi karaoke dengan rakan-rakan sekolej. Tapi bukan bermakna aku liar. Aku masih punya pegangan yang kuat. Kebebasan dan kepercayaan yang keluarga berikan tidak pernah aku persiakan. Aku tetap ingat pada rukun Islam yang
Kini sudah lebih 3 tahun aku hidup bersama Imran. Suami yang aku anggap sungguh mithali, sungguh baik dan sentiasa mengambil berat terhadap aku dan anak kami Fakhrul Ilmi. Memang dia sentiasa menjaga kami dengan baik. Tiada kekurangan yang jelas dalam keluarga. Kami tidak pernah bertengkar. Merajuk sedikit, itu kira lumrah. Sesungguhnya tuhan telah memakbulkan doaku untuk memperlakikan seorang yang baik dan mengambil berat. Sebenarnya itulah matlamat setiap wanita, sentiasa inginkan pasangan yang baik, yang lengkap dan boleh membimbing diri ke jalan yang diredhai. Mungkin atas dasar mencari yang terbaik itulah masih ramai rakan-rakan seangkatanku yang masih membujang dan terus mencari dan menanti sesuatu yang dipanggil Mr. Right.
Hari ini genap sebulan aku bekerja sebagai juru tol. Biasanya orang gelarkan ku ‘Minah Tol’. Sebenarnya dulu aku pernah bekerja. Namun semasa aku mengandungkan Fakhrul Ilmi aku mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan aku terpaksa berhenti bekerja. Namun akibat terlalu bosan terkurung di dalam rumah yang kurasakan seperti sangkar akhirnya aku merayu kepada Imran untuk membenarkan aku bekerja. Tak kiralah kerja apa sekalipun asalkan aku dapat keluar dari kurungan itu.
Walaupun kerja ini tidak setaraf dengan kelulusan aku sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, namun aku tetap bersyukur kerana bukan wang ringgit yang dicari tapi pengubat kesunyian dan kebosanan.
"Selamat Pagi.." Aku terjaga dari lamunan bila saja ada suara orang menegur dari kereta Honda Civic bewarna hitam yang berhenti di sisi pondok tol. "Selamat pagi.." Aku membalas sambil melemparkan sedikit senyuman kepada seorang pemuda yang setiap hari lalu di sini sewal jam 6.30 pagi. Seperti biasa juga dia sudah bersedia dengan wang genap RM 1.80 dan seperti biasa aku akan membalas dengan menyerahkan tiket bayaran. Serentak dengan itu palang dihadapan kereta akan dibuka dan kenderaan akan terus meluncur meninggalkan aku.
"
Petang ini aku pulang seperti biasa jam 4 petang. Aku tidak keseorangan kerana Fakhrul Ilmi akan menemani. Imran pula biasanya hanya akan pulang jam 7 atau 8 malam. Begitulah rutin hidupku setiap hari yang sungguh membosankan. Aktiviti remaja aku yang bebas, terhenti serta merta semenjak aku berkahwin. Imran bagiku sungguh baik, memang langsung tidak sekepala dengan aku yang nakal ini. Pernah juga sesekali aku mengajaknya menonton wayang untuk menghilangkan rasa bosan, namun ada saja alasan yang diberi. Dia sentiasa sibuk dengan kerja serta aktiviti politik dan kemasyarakatan.
Entahlah.. Adakah ini dinamakan perkahwinan, suatu perkongsian hidup... tapi tiada insan untuk berbicara... tiada insan untuk bermanja... Jiwa terasa kosong tak berpenghuni. Sepi dan sungguh sepi sekali. Jiwa ku sering mengeluh tetapi sesekali ketawa sendiri mengingatkan zaman remaja yang penuh dengan keseronokan dan kenakalan.
"Abang balik lewat. Kena ikut datuk.." Itulah bunyi sms yang biasa aku terima. Dan malam ini aku menerimanya lagi. Tiada kata-kata yang mampu aku berikan lantas menyimpan kembali hidangan yang telah aku hidangkan. Langsung tiada nafsu untuk aku menjamahnya sendirian. Aku memandang ke arah Fakhrul. Nyenyak dia tidur, separuh berdengkur. Terus saja aku capai remote Astro lantas mencari kalau-kalau ada rancangan yang boleh menarik perhatian. Ternyata semuanya tidak mampu menarik minat aku.
"Ah!! kenapa ni..." bisik hatiku seakan kecewa dengan keadaan bosan yang mencengkam. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat masa ini..." Aku terus saja memadamkan panggilan yang
"Hello boleh saya tahu siapa ni.." Tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari seseorang. "Awak telefon saya tapi tanya siapa saya..." Aku membalas dengan sedikit marah. "Maaf... tadi saya lihat ada miss call pada telefon saya... Siapa ni?" Dia bertanya kembali... Baru aku teringat, akibat terlalu bosan aku tertelefon pemuda yang memberikan aku kad perniagaannya awal pagi tadi... tapi tiada jawapan lantas aku terlelap di atas sofa.
"Encik Arman ye... Saya yang kerja dekat tol tu. Minta maaf saya tersalah tekan tadi." aku menjawab memberi alasan yang sungguh tidak logik sambil memandang ke arah kad perniagaan yang masih terlekat ditanganku. "Eh tak apa... Kalau sengaja lagi bagus..." Dia menjawab dan membuatkan aku tergelak kecil. Entah lah seperti tidak sengaja aku melayan Arman ditelefon. Aktiviti bergayut yang memang biasa aku lakukan bersama bekas kekasih aku dulu. Dan tanpa aku sedari sudah 2 jam aku berborak dengan Arman. Semacam ada tarikan yang menyebabkan aku sukar untuk memberhentikan perbualan ini. Mungkin antara kami ada satu persamaan jiwa yang kuat yang membuatkan aku terasa begitu serasi bersama.
Pagi ini aku tidak mengelamun lagi... Hatiku berdebar menantikan kereta Honda Civic yang akan melintasi tol ini. Terasa segan juga kerana tidak semena-mena aku boleh melayan Arman begitu lama sekali. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang apabila melihat kereta Arman mendekati... Aku begitu kenal kereta itu, malah nombor pendaftarannya pun sudah kuhafal. "Selamat pagi Farah.." Arman membuka cermin kereta sambil menghulurkan wang kertas RM100 kepada ku... "Kenapa tak sediakan RM 1.80 macam biasa?" Tanyaku yang begitu pelik dengan tindakan Arman hari ini. "Saja nak lama sikit.. Nak borak dengan Farah..." Arman membalas yang membuatkan aku hanya tersenyum tersipu-sipu. "Ah.. nakal juga dia ni.. macam aku dulu-dulu.." bisik hatiku sedikit kecewa... tetapi seakan ceria.
"Boleh tak saya call Farah malam ni?" Arman kembali bersuara... "Tak boleh..." Jawap ku ringkas... Arman seakan terkejut dengan jawapan aku. Mungkin kecewa agaknya... "Kenapa?" Arman bertanya kembali seperti tidak puas hati. "Malam tak boleh.. petang boleh..." Aku menjawab nakal sambil memulangkan wang RM 98.20 beserta tiket tol kepadanya. Arman hanya tersenyum. Tiba-tiba dia menghulurkan sekuntum Mawar Merah kepadaku dan terus berlalu meninggalkan aku. Aku terdiam. "Entah bunga mana yang dipetiknya pagi-pagi buta ni" bisik hatiku sambil mengucup wangian Mawar merah pemberian Arman. Sungguh romantis... sesuatu yang tidak pernah wujud pada diri Imran.
Semenjak saat itu aku begitu terasa akan kehadiran Arman. Aku tak mampu menolak kehadirannya dalam hati ini. Aku terasa bahagia sekali dengan layanannya. Setiap petang dia pasti akan menghubungi aku. Dia lah peneman aku dikala aku benar-benar sunyi. Dia bijak mengambil hati, pandai bergurau, malah sering memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada aku. Kekosongan yang selama ini kurasakan, kini terasa sudah terisi. Penuh dan subur dijiwa ini. Arman.. Walaupun kau tiada disisi, namun kasih mu dapat ku rasa begitu dekat hingga menusuk kesanubari ini.
Entahlah adakah salah aku bersikap sebegini. Sebenarnya tiada apa yang aku inginkan, sekadar peneman hati ini yang begitu sunyi dan aku rasa Arman dapat merasakan kesunyian itu lalu berjaya menusup masuk begitu dalam kelubuk hati ini. Cinta Arman umpama lampu suluh... Fokusnya begitu jelas dikala kegelapan malam. Terima kasih Arman kerana sudi menjadi kekasih gelapku. Mungkin atas dasar terima kasih itulah aku bersetuju untuk keluar dengan Arman yang bagiku pertama dan terakhir. Entahlah kenapa sifat nakal yang telah lama aku tinggalkan tiba-tiba datang kembali. Mungkin tarikan cinta Arman begitu kuat dan tak mampu untuk aku menolaknya.
Seperti dijanjikan malam ini aku berjumpa Arman di hotel bertaraf 5 bintang. Sungguh romantis suasana dikala itu. Aku duduk bertentang mata dengan Arman dihiasi lampu yang sedikit samar. Di tengah-tengah meja terhias sekuntum mawar merah yang baru ingin berkembang. Kemudian kami dialunkan dengan alunan muzik yang mengasyikan. Suasana romantik yang memang tidak pernah aku alami. Aku dan Arman hanya bertentang mata tanpa kata-kata. Entahlah mungkin terlalu banyak telah aku luahkan dalam perbualan ditelefon setiap petang. Bagiku hari ini aku hanya ingin bertemu dengannya dan selepas itu aku ingin lari dari cinta terlarang ini. Aku tak mahu terus menipu diri sendiri. Memang aku mengaku aku sangat sukakan Arman. Tapi apalah erti perasaan itu bagi aku sebagai seorang isteri. Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri walau dalam apa keadaan sekali pun.
Aku dan Arman terus diam... Aku ingin sekali bersuara tetapi setiap kali aku
"Farah..." Tiba-tiba terasa ada suatu tangan yang menepuk bahu aku dari arah belakang lantas membuatkan aku tersentak. Aku sungguh kenal suara itu lalu membuatkan aku terus saja memejamkan mata sekuat yang mungkin. Aku tak sanggup dan tak berani membuka mata apa lagi menoleh kerana aku pasti itulah suara Imran.
Aku terus saja menekup muka dengan kedua-dua belah tangan lalu terus berlari meninggalkan Arman dan Imran. Fikiran ku terasa kosong dan aku terus berlari sambil mengalirkan airmata yang tak mampu aku bendung lagi...
Malam itu aku tidak berani untuk pulang ke rumah... Aku takut pada Imran. Apalah hukuman yang aku akan terima kali ini. Aku akan malu dengan keluarga. Entah lah... Dimana hendak aku letakkan air muka ku ini. Aku terus saja berdiri di penghujung jeti tempat orang menunggu feri yang pernah aku kunjungi semasa aku putus cinta dulu.
Deruan ombak yang ganas membuatkan aku begitu gerun. Takut sekali aku dimarahi Imran kali ini. Apalah akan jadi pada rumah tangga kami. "Fakhrul Ilmi... Maaf
"Farah..." sekali lagi aku aku terdengar suara Imran yang terus saja membuatkan lulut aku terus longlai tak mampu untuk berdiri. Aku terus duduk menangis sambil memeluk tiang jeti sambil menanti Imran datang menghampiri. Aku pasrah dengan hukuman yang bakal Imran berikan.
"Farah... Abang minta maaf Farah...." Tanpa aku duga Imran datang dengan penuh kelembutan, meminta maaf lalu memapah aku untuk berdiri. Air mata terus mengalir dan terus mengalir. Imran terus merangkul aku dari sisi lalu kami bergerak bersama menuju ke kereta tanpa kata-kata. Entah lah aku tak tahu apa yang ada dalam benak Imran... Memang Imran seorang yang hebat kerana bagi ku orang yang hebat bukan lah orang yang boleh mengalahkan orang lain, tapi orang yang boleh menahan diri daripada marah.
Imran memang hebat.. begitu hebat dan semenjak itu Imran berubah bukan saja sebagai suami, malah sebagi kawan yang sungguh ceria, setia dan sentiasa di sisi... Kini aku sungguh ceria di sisi Imran.
Wednesday, September 12, 2007
Lelaki... di ‘Puncak Merdeka’
Beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke 50. Sebagai anak merdeka yang cintakan kemerdekaan aku rasa satu kewajipan untuk meraikannya. Namun kali ini aku terpaksa bertugas mengendalikan pakej perjalanan sekumpulan pelancong ke Taman Kinabalu, Kundasang. Niat di hati nak bersama rakan-rakan berkumpul di Padang Merdeka Kota Kinabalu menjelang ambang kemerdekaan. Namun terpaksa kupinggirkan demi tugas. Pakej perjalanan ke lokasi yang dikenali sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’, telah diatur pihak agensi mengikut jadual. Beginilah tugasku. Sering memenuhi waktu minggu bersama kumpulan pelancong tempatan dan luar negara yang ingin menghabiskan masa mereka dengan bercuti. Aku lah peneman mereka.
Kali ini aku mengendalikan pelancong yang kebanyakannya pesara warga asing. Hanya terdapat seorang lelaki tempatan lingkungan usia tiga puluhan, bersama anak gadis ciliknya menyertai kumpulan itu. Agak unik lelaki berjambang berketurunan Melayu Portugis ini. Aku asik mengamatinya sejak bertolak dengan bas pesiaran dari pusat Bandar Raya Kota Kinabalu tadi. Murung saja wajahnya, senyap dan tenggelam dalam lamunannya. Cuma anak gadis ciliknya yang berusia tujuh tahun itu saja becok mulutnya Semuanya dia ingin tahu. Begitupun, lelaki itu seakan melayannya endah tak endah. Pandangannya jauh melayang, keluar lewat tingkap kenderaan yang terbuka. Seolah-olah, perjalanan sejauh 60km yang mempamerkan pemandangan indah perkampungan melalui Pekan Telipok, Tamparuli, Nabalu hingga ke dataran tinggi, tidak sedikit pun menarik perhatiannya. Sepanjang tempoh aku bertugas sebagai pemandu pelancong, aku tak pernah bertemu dengan karektor sepertinya. Teramat serius. Dingin dan tiada wajah kemesraan pada dirinya.
Senja baru kami tiba di Taman Kinabalu. Kumpulan pelawat tadi terus mendaftar diri di kaunter Ibu Pejabat Taman yang terletak pada ketinggian 1,563m. Mereka nampak letih tapi ceria. Mereka diberikan anak kunci bilik penginapan masing-masing di Nepenthes Villa yang terletak di lereng bukit berhadapan pemandangan Gunung Kinabalu. Persekitaran Taman dengan suasana dingin dan litupan kabus, begitu mendamaikan dan mempersonakan dengan pelbagai spesies flora dan faunanya yang unik. Harapanku agar kesemua pelancong dapat menjiwai kedamaian ini sebagai satu kepuasan melancong ke sini.
Malam itu, hujan lebat. Suasana di persekitaran Taman teramat dingin dan diliputi kabus tebal. Tiada aktiviti yang mampu dilakukan kecuali berkurung di dalam bilik. Alat pemanas ruang yang kupasang, seakan tak bisa menampung kedinginan yang mencengkam. Terasa begitu bosan sekali begini. Akhirnya aku keluar ke ruang tamu di bahagian bawah. Kelihatan, beberapa orang pelancong yang menginap di villa yang sama asyik menonton tv. Ada yang berbual sesama mereka. Mungkin mereka juga bosan kerana tiada aktiviti yang boleh dilakukan.
Aku melangkah keluar ke serambi villa lalu berdiri di situ merenung ke arah puncak Kinabalu yang tersembunyi di sebalik kelam malam. Tempias hujan sesekali merembes ke wajahku. Aku mendakap tubuhku yang berbungkus baju tebal. Sungguh dingin sekali. Terasa benar udara sejuk menusuk hingga ke sendi-sendi tulang.
“Err...maaf, nak tanya sikit..” Getus suatu suara serak-serak basah. Aku menoleh. Ah, lelaki berjambang dan berwajah murung itu, sudah berdiri hampir padaku. “Ya, encik Hakim. Apa yang perlu saya bantu?.” Balasku bersahaja. Aku tahu namanya, seperti biasanya aku harus tahu nama setiap pelancong di bawah jagaanku. “Saya dengar...lusa, ada ekspedisi mendaki gunung? Saya berminat nak ikut serta dalam ekspedisi itu. Bagaimana caranya?.” Soalnya dengan nada hambar. “Oh, sebenarnya...ekspedisi tu hanya khusus untuk sekumpulan pendaki yang akan mengibar Jalur Gemilang di puncak Kinabalu, menjelang ambang kemerdekaan ke 50 nanti.” Jelasku padanya. Memang ekspedisi ini hanya untuk 8 orang yang telah dipilih sahaja dan aku adalah salah seorang daripadanya.
"Bolehkah, saudari bantu saya?.” Pintanya, mengharap. Aku menatapnya dengan perasaan kurang yakin. “Saudara seriuskah ni?.” Soalku, ingin pasti. “Ya. Dah lama saya berniat nak mendaki Kinabalu. Tapi kerana terlalu sibuk, saya tak ada kesempatan. Kalau boleh, saya teringin nak meraikan detik bersejarah itu berada di puncak bersama mereka..!.” Katanya, bersemangat. Aku terkedu seketika. Dia nampak begitu mengharap tapi apakan daya tiada lagi ruang untuknya. Haruskah aku berundur demi menyempurnakan keinginannya? Sudah tiga kali mendaki dan menawan puncak Kinabalu. Tiga keping sijil bukti kejayaanku, elok tersimpan dalam frem yang tergantung di dinding ruang tamu rumahku.
“Baiklah. encik Hakim boleh gantikan tempat saya. Saya akan maklumkan pada urus setia Ekspedisi tentang hal ni.” Akhirnya, aku memutuskan tanpa rasa terpaksa. “cuma...kita kena usahakan keperluan peralatan mendaki untuk Encik hakim. Saya ada kawan ranjer di sini yang boleh membantu dapatkan keperluan tu.” Aku memberi pengakuanku. Kegembiraan jelas terpancar di matanya. Dia mengucapkan terima kasih lantas memberi sekilas senyuman yang tak bisa memaniskan wajah murungnya yang penuh jambang itu.
“Daddy...! I’m so cold...!!.” Tiba-tiba, gadis cilik itu memanggil dari arah jendela kamar di kiri serambi. Kami berdua mengalih pandang ke arahnya. “Sekejap honey! I’m coming..!.” Hakim berpaling padaku semula. “Nur Aleeya Natasha. Satu-satunya anak saya. Oh, ya...jika boleh, saya nak minta tolong saudari...tengok-tengokkan Aleeya, semasa saya mendaki nanti.” Aku mengangguk, setuju. “Terima kasih, saudari...” Dia bersuara sambil menggengam tangan dan menghunuskan ibu jari tanda ingin mengetahui namaku. “Darlyna...” sahutku, lembut. “Maaf,..saya lupa. Thanks Darlyna...” Dia tersengih, lalu berlalu meninggalkan aku keseorangan. Aku terasa seperti ada suatu aura dari senyuman dari wajah Hakim yang tadinya begitu murung... Ah!! Entahlah... aku tersenyum sendiri sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Hakim akhirnya menyertai kumpulan peserta ekspedisi mendaki pada awal pagi 29 Ogos. Aku senang melihat Hakim yang berubah ceria. Aku sendiri tidak pasti apa yang membuatkan sinar wajahnya tiba-tiba muncul. Sebelum bergerak dia sempat mengucup dahi Aleeya di hadapanku. Jelas terbayang kasih sayangnya terhadap anaknya Aleeya. Aleeya melepaskan ayahnya dengan pandangan mata sayu tapi mengerti, namun masih juga sempat menitiskan air mata walaupun pemergian itu cuma 2 hari. Jelas kasih sayang yang tersemat antara Hakim dan Aleeya begitu menebal. Hakim memang ayah yang hebat yang mampu membuatkan anaknya terasa pemergiannya walau seketika.
Setelah mereka berlepas aku membawa pelancong yang lain melawat Ruang Pameran yang terdapat di Ibu Pejabat Taman dan menonton audio visual. Aleeya begitu leka melihat gambar-gambar dan spesimen pelbagai spesies flora dan fauna yang dipamerkan dalam kaca pameran. Namun, itu belum cukup menggembirakannya. “Miss Darlyna...i want to see the biggest flower in the world, please!. I want to see Rafflesia...!.” Katanya, lembut dan manja. Aku begitu terkejut apabila Aleeya tiba-tiba memegang tangan ku sambil menghentak-hentak kaki terlalu mengharap. Mungkin dia sudah biasa manja dan terlalu manja dengan ayah.
Harapan seorang anak kecil memang tidak harus dipersiakan. Lantas aku mendapatkan seorang ranjer dan meminta diatur jadual berasingan. Mudah berurusan dengan ranjer disini sebab aku memang sudah biasa dengan mereka. Kami agak beruntung, kerana kebetulan ada spesies Rafflesia yang sedang berkembang pada ketika itu di kawasan habitatnya. Aku kagum dengan Aleeya, seorang anak kota yang sanggup berjalan kaki...meredah hutan di kawasan tinggi. Dia tabah dengan gigitan nyamuk di kiri kanannya...hanya untuk melihat Rafflesia yang diminatinya. Langsung tidak tergambar wajah keletihan. Cuma aku yang sedikit mengah asik melayan pertanyaan yang tidak henti dari Aleeya. Sempat juga aku merakamkan beberapa kenangan Aleeya bersama Rafflesia Tengku Adlinii yang mekar berkembang dengan warna oren dan kuning keemasan. Ceria sungguh Aleeya disaat itu sehingga terusik jiwaku ini. Aku terasa sayu terasa ingin mengalirkan airmata bila saja Aleeya berlari riang mengeliling Rafflesia yang damai.
“Miss Darlyna.... Kalau ibu masih ada mesti dia gembira sebab kami pernah menanam impian bersama melihat Rafflesia dari dekat....” Petah Aleeya berkata-kata dan secara tiba-tiba kelihatan dia begitu sayu... “Mana Ibu Aleeya ?” Lantas aku bertanya. “Dia sudah meninggal akibat kemalangan setahun yang lalu...” Aleeya menjawab dan tanpa disengajakan menitis airmata dari kelopak gadis kecil ini. Aku terus mendakapnya, lantas Aleeya membalas dengan penuh kemesraan. Hati aku terasa sayu... aku juga terkenangkan mama. Mama sudah berpisah dengan Papa namun hanya berpisah keluarga sahaja. Hakikatnya aku masih lagi mampu berjumpa dengan mama tidak seperti Aleeya yang ibunya pergi buat selama-lamanya Mungkin sebab itulah Hakim begitu murung... mungkin dia juga amat terasa akan kehilangan isteri tercinta. Kesian Aleeya... kesian Hakim.
Malam ini Aleeya tidur bersamaku. Sebelum tidur Aleeya meminta aku bercerita. Aku terkedu seketika kerana langsung tiada idea untuk bercerita. Akhirnya aku membuka cerita sejarah mitos Kinabalu. Aleeya begitu asyik mendengar aku bercerita sambil membelai rambut ku. Aku terus bercerita sambil menepuk lemah punggungnya. Di saat itu aku merasakan Aleeya terlalu perlukan kesih sayang dan belaian manja dari seorang yang bergelar ibu. Kasihan Aleeya. Tanpa aku sedari tangan Aleeya berhenti bergerak. Aku memberhentikan cerita yang tergantung lantas melihat jam ditangan yang menghampiri jam 12 tengah malam. Aku bingkas lalu merenung puncak Kinabalu dari arah Jendela. Di kala itu aku terbayang kawan-kawan yang melaungkan perkataan “Merdeka !!!” lalu mendendangkan lagu-lagu patriotik beramai-ramai dengan penuh rasa bangga. Di satu sudut pula aku terbayang bagaimana Hakim yang tiada pengalaman mendaki perlu meredah kegelapan malam, diiringin kedinginan yang melampau dan disirami dengan hujan yang lebat dikala ini. Aku tahu betapa risikonya mendaki dikala sebegini. Namun Hakim perlu lakukannya demi negara. “Ya Allah.. selamatkanlah Hakim... demi Aleeya” Aku menadah tangan lalu menakup ke muka sambil berpaling ke arah Aleeya yang yang masih tidur melingkup. Entahlah.. mungkin aku dapat merasakan sepinya hidup tanpa ibu disisi... Bagaimana pula jika kehilangan ayah.. aku tak dapat bayangkan gadis manja sekecil Aleeya perlu menjalani kehidupan tanpa ibu dan ayah... Sekali lagi air mataku mengalir lemah membasahi pipi... Sayu dan sungguh pilu...
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Tiba-tiba aku aku terkejut dengan jeritan itu... ditengah kesunyian malam petugas-petugas Taman masih lagi mampu meraikan hari kemerdekaan yang sungguh bersejarah. Aku terus saja turun mahu melihat telatah mereka dengan meninggalkan Aleeya keseorangan. Mereka bagaikan hilang kawalan.. menghentak kaki sambil menyanyikan lagu ”Tanggal 31”. Warga asing yang ada disitu juga turut menari walaupun mereka tidak paham dengan senikata lagu. Terasa geli juga hati aku melihat telatah mereka... “Mama...” tiba-tiba seluarku terasa ditarik sesuatu.. Aku terkejut melihat Aleeya memegang kakiku sambil mengosok-gosok mata... Aku terus saja membongkokkan diri lantas mendukung Aleeya... “Darlyna lah... bukan mama..” Aku bersuara.. lantas membuatkan Aleeya tersengih sahaja.. mungkin tadinya dia mengingau agaknya.
Pakej percutian di Taman Kinabalu hampir pada penghujungnya. Hakim kelihatan masih keletihan dan kurang sihat selepas balik dari pendakian itu namun kini dia murungnya sudah hilang. Jambang yang menutupi wajahnya juga telah dicukur bersih lantas memancarkan wajahnya yang sebenar. Dia kelihatan lebih kemas dan tampan dengan penampilan barunya “Manis juga..” bisik hatiku sambil memunggah beg pakaian ke dalam bas. Sesekali sempat juga aku menjeling wajah Hakim yang begitu banyak berubah, begitu juga Aleeya ang nampak sungguh ceria.
Bas meluncur laju menuju ke Kota Kinabalu. Aku duduk sendirian. Tiba-tiba Aleeya datang kepadaku.... Aku hanya tersenyum tanpa kata-kata hanya menepuk tempat duduk bersebelahan tanda menjemput duduk bersebelahan ku.... Aleeya paham lantas duduk disebelahku... dalam diam.. Aleeya mengambil tanganku... lalu diletakkan didadanya.. Pastinya kali ini aku akan pasti merindui Aleeya... Sayu nya hati ini.. Dalam menahan sebak aku melontarkan pandangan ke arah hutan tebal yang mengiringi pemergian kami.. tak sanggup aku menatap wajah Aleeya ketika itu.... Dan akhirnya aku terlena dalam genggaman Aleeya.
“Terima kasih, Darlyna... kerana menjaga Aleeya” Hakim mengucapkan terima kasih sebelum berlalu meninggalkan aku... Aku hanya mengangguk tanpa kata-kata. Tiba-tiba hakim memberi cebisan nota kepada ku.. “Apa ni?” Tanya ku spontan... "bila saya pergi baru awak buka.." Katanya lagi. Aku hanya mengangguk lemah sambil membiarkan tangan ku dicium oleh Aleeya. Mereka terus berlalu dengan teksi menuju ke lapangan terbang meninggalkan aku keseorangan.. dengan perlahan aku membuka cebisan nota itu...
“Awak sungguh Istimewa.. Aleeya sukakan awak.. begitu juga saya...”
- Hakim 013-3323239 -
Aku hanya terdiam membacanya... “Hakim.. Aku kagum dengan dirimu.. Kagum dengan kasih sayang yang kau berikan terhadap Aleeya.. Aku juga sukakan kau..” Hati aku tiba-tiba bersuara. Ku harapkan kata-kata hatiku ini dapat singgah di telinga Hakim yang terus jauh meninggalkan aku...
Sunday, September 2, 2007
Misteri Si Rafflesia
Pesanan Bagong:
Cerita ini adalah Episod ke 1 bagi keseluruhan Cerita "Misteri Cinta Rafflesia". Anda boleh mengikuti kisah seterusnya dengam memilih pada list cerita 'Misteri Cinta Rafflesia')
Sungguh indah bumi
Aku memang cintakan keindahan... Keindahan itu suatu kurniaan.. Kurniaan tuhan kepada mereka yang tahu menilai, berfikir tentang diri sebagai hamba... lalu menginsafi diri dengan kebesaran yang Maka Kuasa. Di sini juga untuk aku melupakan kisah perpisahan antara aku dan Lin. Kisah cinta yang indah yang diakhiri dengan perpisahan akibat perasaan cemburu dan salah sangka. Semoga dengan keindahan bumi
Seharian aku berlegar-legar di Bandar Kota Kinabalu... tidaklah janggal bagi aku berada di kota ini kerana aku memang orang kota. Memang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beza yang ketara hanya bahasa pertuturan. Kini tiba masa untuk aku mengembara di bumi Sabah. Tiada rancangan khas yang aku lakukan. Aku hanya ada sekeping peta dan beberapa maklumat tentang daerah-daerah di Sabah. Itulah yang paling menarik. Tiada kongkongan dan aku bebas untuk mengembara.
Selesai solat Maghrib aku terus mendapatkan kereta sewa yang telah ditempah siang tadi. Arah tujuan adalah ke Tambunan, satu daerah yang dikelilingi oleh banjaran yang berasal dari nama gabungan dua puak Tamadon dan Gombunan. Dua puak yang bergabung untuk menentang puak Tonsundung yang jahat dan angguh.
Gelap sungguh perjalanan aku malam ini, tiada lampu jalan yang menemani tidak seperti di
"Kenapa encik?.. ada apa-apa yang boleh saya bantu" Tiba-tiba aku disapa oleh seorang gadis dari arah belakang, lantas terus menoleh. Aku terpaku melihat wajah itu. Wajah yang sungguh cantik, asli... bulat sedikit tetapi dagunya agak tajam... bagai ada sinar cahaya yang terpancar dari wajahnya. Sungguh ayu gadis ini. Rasanya belum pernah aku melihat wajah secantik ini di semenjak aku keluar dari perut ibuku...
"Kenapa Encik...?" Aku bagai terperanjat apabila gadis itu kembali bersuara. Baru aku sedar mulut ku yang terlopong. "Saya nak pegi sini tapi kenapa sunyi saja? " aku bertanya. "Dah tutup dah Encik... Esok sajalah encik datang" Aku hanya mengangguk kecil dengan jawapan itu... "Takpelah terima kasih.." Jawabku ringkas lantas cepat-cepat masuk kembali ke dalam kereta meninggalkan gadis itu keseorangan.
Entahlah kenapa tiba-tiba aku sungguh berdebar berdepan dengan gadis itu. Mungkin sinar matanya membuatkan aku terasa tewas walaupun dalam hati ini meronta untuk mengenalinya. "Takpelah.." bisik hati ini yang bagai kecewa dengan sifat pemalu yang selalu menghantui diri.
Aku tiba-tiba terpaksa membatalkan niat untuk bergerak apabila melihat gadis itu melangkah menuju ke arah pintu tempat duduk penumpang kereta Wira yang aku sewa. "Kenapa cik adik?" Aku membuka cermin tingkat lantas bertanya. "Awak nak kemana?" Dia tidak menjawab tapi membalas soalan kepadaku. "Tambunan.." Jawabku ringkas. "Boleh saya tumpang..?"dia bertanya... Aku terdiam buat seketika.. kemudian mengangguk bagaikan tidak sengaja... Entahlah aku bagai terpaku...
"Kenapa encik diam saja?.. Saya minta maaf sebab ganggu perjalanan encik. Saya tertinggal bas tadi." Gadis itu bersuara apabila menyedari suasana perjalanan begitu bungkam. "Tak adalah.. Ok juga.. saya pun tak ada teman. Boleh juga awak tunjukkan jalan di sini". Aku membalas...
"Nama saya Rafflesia... Nama encik siapa ?" Aku terdiam bila mendengar nama itu. "Oh patutlah" bisik hatiku.. mukanya yang bulat, dagunya yang tajam umpama kelopak Rafflesia, warna kulit yang putih tapi kemerahan sedikit.. Memang nama itu sungguh sesuai dengan wajah anggun ini.
"Sapa nama encik ?" aku terkejut apabila dia bertanya kembali... "Tak payah panggil encik. Panggil Danial saja." Jawabku. "Oh sedap nama tu tentu awak bukan orang sini..." Dia memuji namaku.. Entah lah tiba-tiba dengan pujian itu aku berasa bagaikan lebih yakin dan lebih berani.. dan dari saat itu kami terus berbual panjang.
Seronok aku mendengar cerita bagaimana ibunya memberi nama Rafflesia kepadanya. Paling seronok tentang cerita tentang pahlawan Gombunan yang membuka daerah Tambunan. Nyata sekali gadis ayu ini begitu unik. Pakaian yang agak seksi langsung tidak mencerminkan budi bahasanya yang sopan dan penuh kelembutan, tidak lupa pada nilai ketimuran, tidak lupa pada sejarah malah pandai mengambil hati. Begitu pandai dia mencuri hati ini... Memang tanpa diduga, seketika saja hati ini sudah terpaut...
"Dah sampai Tambunan ini... Rumah Rafflesia kat mana? " Aku bertanya apabila terpandang Papan tanda bertulis 'Bandar Tambunan'. "Depan tu ada simpang.. tempat saya belok kiri... kilometer 15.95... " Rafflesia menerangkan. "Wah lengkap sungguh kilometernya" aku mengusik. "Mestilah... Sebab saya nak jemput awak datang." Jawab Rafflesia lalu kami ketawa kecil.
"Danial awak boleh tolong saya?" Raffles kembali bersuara. "Kalau Rafflesia minta tolong... walaupun saya di semenanjung sekalipun... pasti saya akan datang menolong.. Saya
"Boleh hantarkan saya pulang di kilometer 15.95 ?".. Pinta Rafflesia lagi seakan-akan terlalu mengharap. "Baik lah..." aku bersuara sambil memandang wajah Rafflesia yang tersenyum penuh mengharap... sesekali terlihat kilauan rantai emas halus dihiasi loket berbentuk hati yang menghuni dada Rafflesia. Kecil tapi menarik, sesuai dengan tubuh genit Rafflesia.
Aku singgah sebentar di Bandar Tambunan untuk mendapatkan hotel. Setelah selesai mendaftar aku dan Rafflesia terus menuju ke arah Ranau untuk menghantar Rafflesia pulang. Perjalanan yang agak mencabar kerana kegelapan malam dan melalui jalanraya di tebing bukit. Maklumlah aku memang ada rabun ayam.
Kami terus berbual bertukar-tukar pengalaman. Aku tertarik dengan cerita Rafflesia yang amat sukakan tarian tradisional sambil melenggokkan jarinya yang lentik. Nyaris tertusuk ke lubang hidung aku. Rupanya dia memang seorang penari tradisional separuh masa di Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan negeri
Tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan tayar belakang kereta, lalu terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan. Aku turun dan dalam kegelapan aku periksa tayar belakang sebelah kiri. Benar tekaan aku. Tayar keretaku pancit. Mujurlah Aku membawa lampu suluh.
"Rafflesia.. Awak tolong pegangkan lampu suluh.. saya nak tukar tayar... tayar keta pancit lah.."Aku meminta tolong dari Rafflesia dengan nada yang agak hampa. Rafflesia mengangguk saja.
"Berat juga tayar ganti ni yer" bisik hatiku sambil mengangkat tayar. Rafflesia kelihatan agak kelihatan agak gelisah. Mungkin dia tak selesa dengan keadaan nyamuk yang banyak, maklumlah dia hanya berskirt pendek dan lokasi itu sungguh gelap, terasa bagaikan di dalam hutan. Ditambah bunyi cengkerik yang bingit. Di sebelah belakang dari kereta kami pula ada sungai yang melintang dengan bunyi deruan air yang ganas.
Aku pun sebenarnya penakut juga. Tapi bersama Rafflesia, aku buat-buat berani. Sempat jua aku menjeling wajah Rafflesia yang mencangkung menemani aku menukar tayar kereta. Tapi dia nampak begitu sayu bagaikan wajah yang baru ditinggalkan kekasih. Berbeza sungguh dengan wajah ceria tadi.
"Kenapa Rafflesia?..." Aku bertanya sambil memusingkan skru terakhir tayar kereta. "Rafflesia minta maaf sebab susah kan Danial...." Rafflesia menjawab lemah.. "Tak ada apa. Ini semua dah takdir.... atau sebenarnya Rafflesia takut Danial apa-apa kan Rafflesia.. maklum lah gelap ni.. Tapi, Rafflesia jangan risau.. Danial bukan jenis yang macam tu..." Aku cuba bergurau sambil memasukkan tayar yang pancit dan peralatan ke dalam bonet kereta. Rafflesia hanya diam sahaja.
Aku terus saja menutup bonet kereta apabila selesai mengemas peralatan menukar tayar. Di saat itu aku sungguh terperanjat. Darahku tiba-tiba berderau apabila melihat Rafflesia tiada dalam pandangan aku. Hanya lampu suluh yang ditinggalkan di atas kereta. "Ah!! mungkin dia ada dalam kereta.."Bisik hatiku menenangkan diri yang memang penakut.
Aku terus melangkah menuju ke pintu pemandu lantas memandang ke dalam. Ternyata Rafflesia tiada.. lantas aku mengalihkan pandangan ke hadapan. Di saat itu aku terasa begitu lemah apabila melihat batu penanda jalan yang berada lebih kurang 50 meter dari kereta aku tertulis 'KM 16'. Maksudnya di sinilah kilometer 15.95 dan di sinilah tempat yang Rafflesia mahu aku menghantarkannya.
Aku terus
Perjalanan yang tadinya aku rasa begitu singkat kini terasa begitu lama, begitu jauh sekali. Tak henti-henti aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang aku hafal walaupun sesekali tersasul akibat terlalu takut. Aku bingung dengan apa yang terjadi. Wajah Rafflesia yang pada mulanya ceria dan gembira, tiba-tiba sayu dan terus hilang meninggalkan aku. Siapakah Rafflesia? Adakah dia hantu??.. Kalau Hantu kenapa dia tidak mengganggu aku... sekadar
"Encik... Saya nak buat laporan tentang kehilangan gadis.." Aku terus memberitahu kepada seorang pegawai polis bertugas. "Encik duduk dulu dan beri saya IC..." Aku menurut saja..."Boleh encik ceritakan apa yang berlaku" Pinta pegawai polis itu lagi... Langsung aku menceritakan apa yang aku lalui. Entah lah aku sendiri tidak pasti sama ada polis akan menerima laporan aku yang agak misteri ini.
Aku bernasib baik kerana tidak ditertawakan oleh pegawai polis itu dan rakan-rakannya malah mereka nampak tertarik mendengarnya. "Boleh tak encik beri gambaran gadis itu.." Pinta pegawai itu lagi, yang menyebabkan beberapa pegawai polis yang lain terus datang mendekati meja dimana aku berada. Aku terus membayangkan wajah Rafflesia. Wajah ayu yang masih terbayang diminda ini.
"Itu Noni.." Tiba-tiba seorang pegawai polis yang memakai tanda nama Nazrul bersuara. "Bukan.. Nama dia Rafflesia... bukan Noni" Aku cuba membantah nama yang disebut oleh pegawai itu... "Betulkah ini wajahnya..?" Tiba-tiba Nazrul menunjukkan sekeping gambar Rafflesia kepada aku. Aku terdiam. Aku semakin bingung dengan apa yang terjadi. Aku hanya mengangguk lemah.
"Kalau begitu boleh encik tunjukkan tempat dimana encik hantar Noni.. tadi..." Tanya pegawai polis itu lagi.. "Saya tak hantar.. tayar kereta saya rosak di situ tadi... Dia Rafflesia bukan Noni." Aku membetulkan ayat yang aku rasa salah disebut oleh pegawai itu. "Apa-apalah..." Jawab begawai polis itu ringkas. Aku terus mengekori pegawai polis itu menuju ke kereta bersama 3 pegawai yang lain, lalu kami terus menuju ke kilometer 15.95.
Kilometer 15.95 memang agak gelap. walaupun kami berempat namun aku rasa begitu seram berbeza di saat aku ditemani Rafflesia tadi. 3 orang pegawai polis itu terus meninjau-ninjau keadaan dengan lampu suluh yang dibawa. "Sarjan... saya jumpa ini.." Jerit seorang pegawai polis sambil menunjukkan seutas rantai berloket berbentuk hati yang dijumpai di tebing sungai kepada pegawai Polis bernama Nazrul, lantas membuatkan kesemua pegawai polis berlari ke arahnya termasuk aku. Aku terperanjat kerana rantai itulah yang tadi dipakai oleh Rafflesia.
"Adakah dia membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. Tapi mengapa... Apa yang telah berlaku kepadanya sedangkan tadi dia begitu ceria bersama aku." Aku terus tertanya-tanya. Berbagai-bagai teori melintasi minda ini... "Ha!! itu dia..." jerit seorang pegawai polis sambil menghunuskan cahaya lampu suluh ke arah satu tubuh separuh bogel yang terkulai layu.
Aku hampir pitam melihat keadaan itu... Baju putih yang sama dipakai oleh Rafflesia tadi, kini koyak dan berlumur darah. Kami semua mendekati tubuh itu.. ternyata baunya amat busuk sekali. Aku menutup hidung tetapi pegawai polis yang lain hanya bersahaja. Mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan dan bau sebegini.
Setelah mengambil gambar mereka terus mengangkat tubuh yang tersadai di tebing sungai naik ke atas. Aku terus menghampiri tubuh itu. Ternyata wajah itu memang wajah Rafflesia... wajah yang begitu sayu sama seperti wajah semasa menemani aku menukar tayar tadi. Tidak semena-mena air mata aku mengalir. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala, tidak percaya dengan apa yang terjadi...
"Encik Danial.." Tiba-tiba Sarjan Nazrul menepuk bahu aku.. "Saya tak bunuh dia sarjan.."Aku bersuara dengan nada separuh menangis secara tidak sengaja... Memang bukan aku yang membunuh dia. Aku tak kenal dia. "Saya tahu... Sebenarnya Noni dilaporkan hilang semenjak 5 hari lalu. Daripada kesan dan keadaan mayat kami percaya ia telah berlaku 4 atau 5 hari lalu. Kami juga percaya dia dirogol sebelum dibunuh..." Sarjan Nazrul menerangkan kepada aku. Pegawai polis lain hanya diam sahaja. "Tapi saya bersama Rafflesia dari Rafflesia Information Center tadi...." Aku memberitahu... "Itu lah kebesaran tuhan encik Danial... Kamu yang baru datang dari semenanjung dipilih tuhan untuk membantu menyelesaikan kes ini..." Beritahu Sarjan Nazrul..
Aku hanya diam... Selalu aku suka untuk melihat keindahan alam sebagai tanda kebesaran tuhan, tapi kali ini misteri Rafflesia ini jelas menunjukkan kebesaran tuhan kepada aku. Tapi kenapa aku??? Kenapa aku yang datang dari jauh beribu batu merentasi Laut Cina Selatan. Itu semua tak mampu aku jawab kerana yang pasti itulah ketentuanNya.
Cinta si Rafflesia walaupun seketika tapi sungguh bermakna. Mungkin inilah kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki di bumi Sabah kerana Misteri Rafflesia begitu misteri hingga menyebabkan aku hampir gila. Bermulanya dengan kekecewaan aku dengan Lin, lantas disuburi dengan tarikan Rafflesia yang palsu dan disudahi dengan tragedi yang sungguh ngeri...
Ternyata Misteri Rafflesia ini akan menjadi satu misteri sepanjang zaman bagi diriku. Misteri inilah yang lebih mendorong aku untuk terus menghayati akan kebesaranNya. Sesungguhnya kelahiran itu misteri, segala kehidupan itu misteri dan kematian itu juga misteri, namun selagi kita percaya dan yakin dengan sepenuh hati tentang kekuasaan yang Maha Esa, semuanya bukanlah misteri kerana baginya semuanya amat mudah. Hanya 'Kun Fayakun...'
Thursday, August 23, 2007
Dania... Namamu teratas...
Sungguh dingin rasanya air di kali ini, bila saja kaki Dania mencecah airnya yang jernih. Lantas terhasil gelombang kecil yang merebak begitu cepat hingga menggegarkan teratai putih yang sebelum ini damai. Putih teratai bagaikan hati seorang anak yang luhur. Belum tercemar oleh anasir nakal di muka bumi ini. Namun, kedamaian hati yang suci dan jiwa yang tenang bukanlah jaminan kebahagiaan. Air yang tenang sekelip mata saja boleh berubah menjadi tsunami yang ganas bila saja ada tekanan terhadapnya. Begitu juga lah kehidupan, begitu juga lah kebahagiaan rumah tangga. Tidak semena-mena boleh berkocak ganas lantas hancur secara tiba-tiba.
Dania terus menghayunkan kaki, mengocakkan air perigi yang dingin. Tiada lagi ketenangan air di perigi itu... Begitulah dirinya. Dia kehilangan kasih sayang insan yang bergelar ayah, dia kekurangan kasih sayang dari insan yang bernama ibu. Dia tidak paham apa yang berlaku kepada ibu dan ayahnya... Tiba-tiba dia merasakan ayahnya hilang secara serta merta. Ayah tempat dia bermanja, bergelak ketawa, bergurau senda. Tiada lagi tidur berlengan tangan ayah. Tepukan manja dodoian ayah. Nyanyian ayah dikala merentasi jalan raya. Cerianya hilai tawa ayah yang sentiasa mengubat hati. Dia merasakan ayahnya bagaikan telah mati... tapi di mana dia bersemadi....
"Apa Dania buat tu... ? mari balik nak... hari dah senja.... " Panggil Laili pada anaknya Dania. "Dania sedang tunggu ayah... Dania nak ayah..." Jawab Dania terus menambahkan kelajuan hayunan kaki pada air perigi itu seakan memprotes sesuatu. Air mata Laili menitis tiba-tiba. Jauh dia memandang ke arah kaki gunung yang merentasi sawah padi yang luas terbentang... Begitu lah luasnya harapan Laili selama ini. Dia mengharapkan seorang suami yang boleh memberi kebahagiaan kepadanya. Boleh memimpinnya menjalani kehidupan dengan sempurna. Mendidik anak dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Namun tak semua yang diimpi akan dikecapi... kadang kala madu yang diimpi tapi racun yang terpaksa ditelan. Begitulah kehidupan.
"Kita balik dulu... nanti ayah baliklah..." Laili
"Marilah Dania.. kita balik... esok kita datang sini lagi... " Pujuk Laili kepada anak nya... dia teringat kata-kata bekas suaminya... "Marilah kita rujuk kembali Laili... abang janji abang tak buat lagi.." Namun pujukan itu langsung tidak diendahkan Laili... Pedih hatinya bagaikan sembilu yang menusuk hati apabila mendapat tahu suaminya ditangkap khalwat dengan Milah. Gadis genit hujung kampung. Jiwanya hancur... hatinya remuk...
Mungkin ada juga salah dirinya yang sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri terhadap suaminya. Namun itu bukanlah alasan yang boleh dia terima apabila suami yang dirasakan begitu baik berlaku sumbang dengan orang lain. Namun ada juga hikmahnya. Baginya hidupnya kini lebih baik dari sebelumnya. Kalau dulu dia tiada apa.. hanya seorang suri rumah yang hanya menanti kepulangan suami... kini dia sudah bergelar usahawan berjaya. Spa di tepi bendang yang tidak pernah terfikir oleh orang lain kini semakin popular. Produk kecantikan berasaskan padi semakin dipercayai, sentiasa mendapat sambutan dan semakin meluas.
"Mama... Dania rindu ayah... Dania nak ayah..." Tiada jawapan yang mampu Laili berikan pada kata-kata Dania... Dia merasakan dia sudah beri yang terbaik untuk Dania... kehidupan yang lebih mewah, pakaian yang cantik, perhiasan yang menarik, permainan yang memikat hati... Entahlah apa lagi yang perlu Laili berikan kepada Dania untuk membuatkan Dania lupa kepada ayahnya. Bila saja Dania bertanya tentang ayah, hatinya akan sayu. Air matanya pasti berlinang walaupun tidak menitis. Dia terlalu sayang pada bekas suaminya lantas tiada penggantinya hingga kini.
Biarlah apa terjadi. Tiada gantinya untuk kasih sayang terhadap Dania. Dania akan tetap dihati.... Namun persoalannya kenapa suaminya langsung tidak mahu menjenguk Dania sedangkan dulunya kasih sayangnya terhadap Dania sungguh menebal... Mana tidaknya.. semenjak kecil lagi apabila Dania menangis dia pasti akan memanggil "ayah..." tidak seperti anak lain yang sering melaungkan "mama.." Adakah kasih sayang itu semuanya palsu... atau suaminya tidak sanggup untuk menatapi wajah anaknya yang sentiasa berada di lubuk hatinya. Entahlah.. tuhan saja yang tahu...
"Mama.. kawan-kawan kat tabika selalu tanya mana ayah Dania... Mana ayah Dania ma...???" Air mata Laili menitis tanpa dipaksa dengan soalan Dania itu. Tiada jawapan yang mampu diberikan. Hanya pelukan terhadap anaknya. Dania membalas dengan pelukan manja seolah-olah paham dengan kesayuan ibunya. Lalu dikucupnya dahi Dania dengan penuh kasih sayang.
"Dania.. ayah Dania dah mati... jangan tanya pasal ayah lagi... Ayah Dania dah mati..." Air mata terus mengiringi kata-kata Laili. Dania yang tidak paham dengan keadaan itu juga turut mengalirkan airmata. Dia tidak paham mengapa ibunya menangis... "Habis tu mama... macam mana Dania nak ayah ?.. Dania nak ayah ma..." Dania tidak memperdulikan kata-kata ibunya... baginya kasih sayang dan kemesraan ayahnya dulu terlalu sebati dalam hidupnya. Mungkin dialah ayah yang terbaik di dunia ini yang mampu memberi kasih sayang sepenuh jiwa raga, boleh dirasa dan tak boleh dilupa... Tak mampu diberikan oleh seorang ibu. Tapi apakan daya ianya sudah berlalu...
"Dania.... Ayah datang nak..." Wajah sayu Sudin tiba-tiba memecah kesayuan senja. Dania dan Laili menoleh serentak ke arah suara yang datang dari arah belakang. Dania terus berlari merangkul ayahnya tanpa memperdulikan pelukan ibunya.
"Ayah...!!! Dania sayang ayah.. ayah jangan tinggal Dania lagi..." Sudin tiada jawapan dengan kata-kata Dania.. di peluknya Dania lalu ditimangnya Dania seperti biasa. Laili terdiam tanpa kata-kata. Kerinduan yang tak mampu dibeli... Kasih sayang yang tiada ditukar ganti. Dia hanya tunduk tapi sesekali tersenyum apabila melihat Dania ketawa riang.
Sudin terus ketawa melayangkan tubuh anaknya. Tiada sebarang duka di wajahnya. Sedih apatah lagi... Hati seorang ayah yang penuh dengan seribu persoalaan... tiada seorang pun yang tahu apa yang Sudin rasai... tiba-tiba dia muncul kembali... Mungkin jiwanya dan jiwa Dania bagaikan bersatu.. merasakan kerinduan yang tidak boleh dipendam... lalu meletuskan lahar kerinduan yang sungguh dahsyat lantas melupakan segala keegoan lalu.
"Ayah sayang Dania...." Sudin memberhentikan timangan lalu mengucup dahi Dania. Laili tiba-tiba tersenyum penuh makna apabila melihat Dania tiba-tiba girang... Itu lah yang diinginkan selama ini. Mungkinkah dia juga perlu merobek keegoan lalu demi insan yang bernama Dania... mungkin... kerana baginya Dania adalah segalanya bagi dirinya... Apalah erti kejayaannya kini jika jiwa Dania terus memberontak, wajah Dania yang sering saja sugul.
Kasih sayang Sudin terhadap Dania bukan lah kasih sayang palsu. Begitu juga kasih sayang Laili pada Dania. "Demi Kasih ini kami rela...." bisik hati Sudin dan Laili serentak... "Semuanya keranamu Dania...."Saturday, August 11, 2007
1001 ALASAN.
Saya sibuk...
Saya tak suka...
Saya tak pandai...
Saya tak minat...
Itu adalah contoh alasan yang biasa diberikan. Alasan yang hanya akan menjatuhkan diri sendiri. Yang akan meletakkan diri semakin lemah. Lemah berbanding orang lain yang semakin hebat dengan melaksanakan kerja tanpa alasan. Sebenarnya manusia itu memang hebat. Manusia mampu mencipta kapal yang bisa terapung di lautan, jet yang bisa menerjah hingga ke bulan, robot yang bisa melaksanakan tugasan pembedahan. Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran manusia biasa sebelum ini. Adakah 20 tahun dulu kita terfikir boleh berkomunikasi tanpa wayar dengan orang lain?. Tapi hari ini semua nya begitu biasa bagi kita. Hampir setiap rakyat Malaysia berusia 20 tahun ke atas mempunyai telefon bimbit. Hatta pelajar sekolah pun sudah memilikinya. Semuanya jadi tidak mustahil jika kita ada kemahuan. Jika kita tidak terus menolak dengan memberi 1001 alasan. Kita perlu terus berusaha untuk mencapainya.
Dia boleh lah... dia pandai bercakap...
Dia boleh lah... dia rajin...
dia bolehlah... ayah dia kaya...
Itu antara alasan bagi orang yang ingin melarikan diri dari berusaha. Orang yang berjaya perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup menempuh pelbagai kesukaran, rintangan dan kesakitan. Orang yang tidak mahu berjaya tidak perlu itu semua, mereka cukup dengan memberi alasan, hanya dengan meluahkan satu ayat. Ianya begitu mudah. Kadangkala jalan yang terang sudah terbentang, tapi kita ambil mudah dengan memberi 1001 alasan. Begitulah kita. Mudah menafikan kekuatan yang diberikan tuhan kepada kita. Bila kita gagal dalam pelajaran, kita terus beranggapan kita seorang yang tidak pandai. Kita malu untuk berkata-kata dan terasa diri terlalu kerdil. Pandai, petah berkata-kata, berkeyakinan... bukan lah boleh hadir dengan serta merta. Ia hadir dari latihan yang berulang dan usaha yang tidak mengenal jemu. Sama ada kita mahukan itu semua atau mengambil jalan mudah dengan member 1001 alasan. Adakah seorang pemain bola sepak yang hebat boleh hebat dengan hanya 6 bulan bermain bola?. Mereka mengasah bakat mereka bertahun-tahun lebih dari 5 tahun. Berlari setiap hari, berlatih menendang, menahan bola, menanduk dan berlatih meningkatkan stamina supaya boleh beraksi dengan cergas selama 90 minit dan lebih. Latihan yang berterusan yang menyebabkan mereka hebat. Bakat tanpa latihan tidak akan kemana. Jangan mudah memberi alasan!!!
Penat lah kerja...
Kerja banyak... Gaji tak naik...
Kerja tiap-tiap hari tapi takde bonus...
Gaji lambat masuk... Takde mood nak kerja..
Memang gaji naik.. tapi beban kerja bertambah...
Itu antara keluhan yang biasa diluahkan. Sebenarnya orang yang suka memberi alasan memang suka mengeluh. Mengeluh adalah satu cara yang paling mudah untuk tidak perlu berusaha dan menyalahkan orang lain. Kita suka mengambil jalan yang mudah, tidak berusaha untuk mengubah kehidupan lalu menyalahkan orang lain apabila kita dalam kesukaran. Orang yang berjaya akan mengambil apa saja peluang yang melintasi dirinya, tetapi orang yang gagal akan sentiasa memberi alasan dan mengeluh. Peluang yang datang bukanlah boleh ditelan begitu saja. Ia perlu diuli, dimasak untuk menjadi satu kejayaan yang hebat. Itulah yang dipanggil usaha. Tapi jika malas dan tidak mahu berusha, awal-awal lagi kita sudah membiarkan peluang itu berlalu dengan hanya memberi 1001 alasan dan kejayaan tidak akan muncul selamanya.
Buat apa susah-susah... cukup bulan gaji masuk...
Cukup lah tu.. apa nak lagi...
Sebenarnya ramai diantara kita yang lebih selesa bekerja di bawah telunjuk orang lain. Tapi selepas itu mengeluh pula dengan apa yang diterima. Tidak bersyukur dengan apa yang diterima. Mentaliti kita bila kita belajar adalah untuk bekerja. Belajar setinggi mana pun tujuan untuk hanya menjadi kuli. Akhir sekali, bangsa asing datang ke negara kita untuk menyediakan kerja kepada rakyat kita. Kita hanya menerima apa yang diberikan kepada kita, tapi tidak pernah mahu mencipta peluang kepada orang lain. Suka mengambil jalan mudah. Kita boleh lihat berapa banyak kedai makan yang dipunyai oleh bangsa asing yang dibuka di Malaysia. Kita boleh lihat pembekal pakaian yang kini dikuasai oleh orang Pakistan walaupun dulunya mereka hanya menjual karpet dari rumah ke rumah. Namun nasib kita sungguh baik sebab kita masih punya kerajaan yang mampu menyediakaan pekerjaan dengan gaji dan kemudahan yang hebat walaupun mutu kerja tidak seberapa. Jika tidak kerana itu... manalah perginya orang-orang Melayu kita.
Ah!! cakap senang lah....
Cakap pun bukan senang.. tidak semua orang boleh bercakap atau memberi idea yang baik. Yang penting kita tidak perlu negatif. Kita perlu positif dalam apa juga tindakan. Fikirkan setiap kata-kata yang diterima dengan positif. Peluang yang ada perlu di fikirkan jangan terus dibuang dangan 1001 alasan. Jika ianya ternyata baik, ambillah ia dan berusahalah untuk mencapainya. Berusaha bersungguh-sungguh tanpa penat dan jemu, dengan sepenuh kudrat. Andainya semua itu dilakukan namun kita gagal, barulah kita paham apa yang dikatakan takdir Tuhan.... Tapi, percayalah di setiap lorong yang gelap pasti ada cahaya yang terang dipenghujungnya andai kita yakin dan bersedia itu menempuhnya. Berbekalkan matlamat yang jelas, tekad yang jitu dan semangat yang tidak luntur... Kejayaan pasti akan menjelma...
Memang mudah untuk hidup mudah. Tidak perlu berusaha cukup dengan memberi alasan. Tapi bukan senang untung hidup senang. Tiada alasan untuk kita. Apa saja perlu kita lakukan tanpa sebarang alasan.
Orang yang berjaya sukar untuk memberi alasan. Segalanya mungkin....
SELAMAT BERJAYA!!!! HINGGA KE PUNCAK.
Friday, June 15, 2007
Bagong Itu Suci
"Apa lah nak jadi ngan ko ni Bagong... rambut panjang tak terurus... Macam Mat gian mak tengok.. Dah lah takde kerja... Tapi pakai kereta besar.. Mak dah tak tahan orang kampung tuduh kau perompak... Dulu masa kau kat
Tak paham Makcik Esah dengan perangai anaknya. Sudah 2 tahun Bagong pulang ke kampung selepas ditamatkan pengajian di
Dulunya Kampung Sri Nanang memang aman... tak ada langsung kejadian pecah rumah. Namun semenjak 6 bulan kebelakangan ini keadaan berubah. Kejadian pecah rumah menjadi-jadi hinggakan pernah sekali Bagong ditahan polis kerana disyaki terlibat. Namun dia dibebaskan semula kerana langsung tiada bukti mengaitkannya. Mana tidaknya pemuda berusia 25 itu boleh berkereta besar sedangkan tidak bekerja. Setiap kali kejadian pecah rumah, banyak jari akan menuding ke arah Bagong. Hatta ibunya sendiri pun mengesyaki sesuatu pada anaknya. Mana tidaknya, tepat jam 10 malam bagong akan masuk ke dalam bilik... dikuncinya bilik lalu dialunkan lagu-lagu rock Melayu tahun 80-an.
"Mungkin anak aku ni ada ilmu ngaib agaknya..." Bisik hati Makcik Esah sambil memandang ke arah pintu bilik anaknya yang tertutup rapat. Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka perlahan... "Kau nak kemana tu Bagong?, mak nak cakap sikit..." sapa Mak Esah.. "Mak.. saya sayang mak, saya hormat mak... walaupun apa pun orang kampung cakap pasal saya.. percayalah.. saya tak buat..." jawab Bagong... "Habis kalau bukan kau, sapa?... Macam mana kau boleh beli kereta tu... handphone mahal tu... ni barang-barang dalam rumah ni semua... mana kau dapat duit ?. Kau bukan kerja."Mak Esah bersuara sambil menahan sebak
"Mak... saya tak kisah kalau orang kampung tak percaya saya. Tapi kalau mak saya sendiri tak percaya, saya sedih mak. Memang saya gagal belajar. Tapi saya masih ada maruah mak..." Sedih Mak Esah dengan kata-kata Bagong. Ditekupnya muka menahan pilu. Tak terkata dia. Dia seakan tidak tahan dengan pandangan orang kampung. Bila saja dia berjalan, banyak mata yang akan memandang sinis... Terasa dia tidak pandai mendidik anak.
"Bagong.. Lambat lah lu sampai... Kita orang punya asap dah habis..." Seperti biasa Yus, Bob dan Tapa sudah menunggu di pondok simpang jalan. Dan seperti biasa Bagong akan datang dengan 4 kotak rokok, dibahagikannya sekotak seorang termasuk dirinya. "Alah sorrylah bro.. Wa pegi bandar kejap... jumpe client..." Jawab Bagong ringkas.. "Client????? client mendanya.. lu bukan ada business bro?. Entah-entah lu dating ngan Milah kot? Kah.. kah.. kah.." Kata-kata Yus terus disambut dengan hilai tawa kawan-kawan yang lain.
Bagong hanya mengeleng-gelengkan kepala sambil tersengih. Suka juga hatinya diusikkan dengan Milah, guru sekolah agama yang melintasi pondok tempat mereka melepak setiap hari. "Milah mana ada hati ngan wa.. wa ni selebet..." Bagong
Memang pelik sebenarnya perangai mereka. Bila saja mereka berkumpul, mereka akan melalak. Namun sebelum itu mereka perlu mendengar kata-kata Bagong terlebih dahulu. Laksana Imam menyampaikan usrah... Itulah penjanjian Bagong dengan kawan-kawannya. Bagong akan tanggung perbelanjaan rokok dan makan mereka sepanjang di pondok itu dengan syarat sebelum melalak mereka perlu dengar Si Bagong membebel. Bila saja bagong membuka kata mereka akan duduk diam cuma sesekali mengangakan mulut sambil menutup dengan tangan tanda mengantuk....
Setiap hari mereka akan mendangar kata-kata motivasi Bagong. Dulunya kumpulan mereka ramai. Tapi telah berkurangan apabila Man dan Moin dihalau oleh bagong kerana
"Bagong.. Milah tu.. cepat..." Bob tiba-tiba memotong motivasi Bagong... "Assalamualaikum cikgu... Baru balik kerja? Kawan saya Bagong kirim salam" Selamba Bob mengusik Milah... Bagong hanya tersenyum.. terpancar muka mengada-ngada... tersipu-sipu kambing.
"Cikgu... ini untuk cikgu... dari kawan saya Bagong..." Secara tiba-tiba Yus memberikan sekuntum bunga kepada Milah... Milah terima sambil tersenyum... "Wei ko gila ke.. malu lah aku.." Bagong bersuara sambil memegang bahu Yus. "Eleh ko tu nak, tapi slow... kang kena sambar orang... baru geget jari..." Usik Yus lagi...
"Eh dia buang bunga tu lah..." Yus seakan berteriak sambil menuding ke arah bunga yang dibuang Milah ditepi jalan... semuanya tergelak kecuali Bagong yang seakan blur... tidak semena-mena Tapa terus menyapai gitar kapoknya lalu mendendangkan lagu "Biarlah Berlalu" yang dipopularkan oleh kumpulan Wings...
Jangan lah memburu...
Angin Yang berlalu..
Kelak kau terima..
Jawapan yang kecundang...
Mereka menyanyi bersama.. Bagong turut menyanyi walaupun nampak sugul... muka umpama kambing jantan tak dapat kawin. "Relaklah bro... dia jual mahal je tu... wa yakin dia akan tumbang kat riba lu punya..." Bob
"Bro wa ada rasa pelik sikit lah bro... Hari-hari kita lepak sini... Tapi wa tengok lu semakin maju.. kita orang ni macam ni je.. wa teringin gak nak maju... Lagipun hari-hari lu membebel.. wa nampak je bosan.. tapi wa rasa dah sedar diri sebenarnya beb..." Bob tiba-tiba membuka topik baru... "Ye lah Gong... Wa pun tak tau camana lu boleh kaya.. Tapi tak
Suasana dipondok tiba-tiba seakan muram... "Ok kalau lu semua betul-betul nak maju wa boleh tolong... Kita kena buktikan... Kutu-kutu macam kita ni pun ni boleh maju..." Bagong menjawab... "Tapi macamana Bro?" Yus bertanya... "Itu semua lu bagi gua uruskan.. yang penting lu nak... Wa ingat nak bukak projek bela ikan siakap... Wa keluar modal lu orang uruskan... amacam?" Semuanya terpinga-pinga dengan cadangan Bagong.. Lagak mereka umpama anak kambing nak menyusu tapi kehilangan ibu.... mereka tak sangka Bagong rela bela nasib mereka... Padahal Bagong punya banyak pilihan selain membawa mereka bersama...
"Tapi.. macammana kita nak lepak sini lagi kalau dah buat projek tu..." Tapa bertanya sambil menggaru-garu kepala.. Lagak macam orang bodoh, padahal memang bodoh "Relaks lah mamat... pagi sampai tengah hari je kita kat kolam... Petang kita kat sini lah.. Tak
"Wei budak... ni mesti kau yang pecah rumah aku tadi malam..." Secara tiba-tiba Pak Mail ayah Milah berteriak sambil membawa sebilah parang menuju ke arah mereka. Marah sungguh nampaknya... "Kenapa ni Pak Mail?" Yus bertanya ingin meredakan keadaan... "Tu kawan kau si Bagong tu.. mesti kerja dia yang pecah rumah aku... Tadi ada orang beritahu dia ke kedai emas kat bandar... dah tentu dia pegi jual barang-barang kemas bini aku yang dia kebas malam tadi..." Pak Mail terus menyerang...
"Pak Mail jangan cakap sembarangan.. Pak Mail ada bukti...?? ingat kami takut ke dengan parang Pak Mail tu..." Bob mara ke depan tunjuk berani... Bagong hanya tunduk sambil memegang sesuatu dalam poket seluarnya. "Yang ko sibuk tu kenapa? Aku bukan cakap kau... aku cakap si Bagong tu..." Pak Mail kembali menyerang.. "Kami ni Bodyguard Bagong.. Kalau Pak Mail nak tengok matahari lagi, lebih baik Pak Mail blah..." Bob kembali mempertahankan dengan ugutan yang keras... Pak Mail seakan tersentak dengan kata-kata Bob...
"Ok Kali ni aku lepaskan... Tapi kalau terjadi lagi... Nahas kau..." Pak Mail melepaskan ugutan terakhir lalu meninggalkan pondok itu.... Sebak hati Bagong dituduh sebegitu... "Betul ke ko yang buat Bagong....?" Tiba-tiba Bob bersuara... Namun tiada suara yang menyambut pertanyaan itu hanya satu penumbuk keras Bagong yang hinggap di perut Bob.
"Apa ni Bro gua tanya je..." Bob bersuara sambil menahan senak... "Abih tu lu pergi kedai emas buat apa?" Yus bertanya... Bagong hanya diam... diseluknya poket seluar lalu dikeluarkan sebentuk cincin kepada mereka semua... Semuanya ternganga penuh tanda tanya... "Wa nak risik Milah.." Jawab Bagong perlahan... semua yang lain terus tercengang sambil melentukkan kepala dan terjelir lidah seakan patah tulang leher... "Tapi.. Pak Mail tu ayah Milah..." Kata-kata Tapa terhenti di situ.... mereka semua terdiam...
Di suatu malam…
"Esah!!! Bukak pintu ni Esah!!! Bukak!!!" Tiba-tiba pintu rumah mak Esah di ketuk kuat seakan mahu runtuh... Terkejut Mak Esah bila saja dia membuka pintu. Pak Mail, Pak Lurah ketua kampung, Pak kosan, Milah, serta kawan-kawan Bagong juga ada. Berdiri gagah memegang parang laksana ingin berperang.
"Kenapa ni Tuk, Pak Mail.. subuh-subuh mengamuk rumah saya..." Tanye mak Esah seolah tidak paham apa yang berlaku... "Tadi malam rumah Pak Kosan ni kena pecah pulak... Mana Bagong? serah
"Kejap.. nanti saya panggilkan..."Mak Esah membalas lalu bergerak menuju bilik Bagong yang terletak berhampiran dapur.... "Bagong.. keluar Bagong.. orang kampung serang rumah kita.. tuduh kau pecah rumah Pak Kosan..." Mak esah memanggil sambil mengetuk pintu bilik Bagong yang terkunci rapat. "Biarkan lah mereka... mereka semua gila..." Teriak Bagong dari dalam bilik... "Tapi mereka nak pecahkan kereta kau...." Jelas Mak Esah lagi...
Pintu bilik tiba-tiba dibuka... Bagong hanya berbaju T dan berseluar pendek paras lutut. "Mak panggil Pak Lurah naik ke atas.. suruh yang lain tunggu di bawah..." Perintah Bagong kepada Mak Esah.. Mak Esah hanya mendiamkan diri lalu kembali ke pintu rumah... Tidak lama kemudian Pak Lurah mengekori Mak Esah menuju ke bilik Bagong "Silakan..." Mak Esah menjemput Pak Lurah untuk masuk ke dalam bilik Bagong yang kelihatan suram dari luar. Mak Esah hanya menanti di muka pintu. Muram sungguh mukanya... tak tahu apa yang terjadi...
Seketika kemudian…
"Mana budak tu Tok...?" Pak Mail bertanya apabila Pak Lurah yang terpacul di muka pintu, keluar dari rumah Mak Esah.... "Kenapa Tuk tak tangkap dia?" Tanya Pak Kosan pula...
"Dia tak bersalah..."Jawab Pak Lurah perlahan... "Mana Tuk Tau.." Terus saja ditanya Pak Mail. "Aku tengok di komputer dia..." Jawab Pak Lurah lemah... "Komputer????" Semua nye seakan berkata serentak sambil tercengang... mereka semua tidak paham...
"Habis siapa yang buat?"Tanya Pak Kosan lagi... "Man dan Mion anak aku..." Pak Lurah menjawab semakin lemah... orang kampung terus tercengang tak tahu apa yang terjadi.. mereka tidak tahu apa itu cctv. Bagong memang genius... "Aku dah cakap dah.. bukan Bagong.." Tiba-tiba Bob mencelah dari arah belakang... Milah tiba-tiba tersenyum penuh makna. Manis wajahnya walaupun dalam gelap. Tergambar rasa puas terpancar dari wajah ayu Milah.
"Habis macam mana dia boleh kaya...?" Pak Mail terus bertanya sambil menggaru kepala.. "Forex...." Jawab Pak Lurah ringkas... "Forex!!!" orang kampung seakan serentak menyahut kata-kata Pak Lurah... semuanya kebingungan, menggaru-garu kepala dan terus berlalu meninggalkan rumah Mak Esah. "Binatang apa Forex tu.." Tanya Bob kepada Tapa... Tapa hanya diam "
Mak Esah tersenyum puas. Bagong keluar dari biliknya, lalu dipeluknya Mak Esah dari sisi sebelah kanan. Mak Esah terus diam, cuma air mata mengalir membasahi pipinya. Bagong berasa begitu sayu... menitis jua air matanya. "Bagong... Kau memang suci..." bisik hati Mak Esah...
